Panas!!! Kartunis Ujang jauhi politik setelah mendapat projek kerajaan?

Panas!!! Kartunis Ujang jauhi politik setelah mendapat projek kerajaan?

Setelah beralih kerajaan, dan dikhabarkan mendapat sedikit imbuhan dari kerajaan sedia ada? kartunis Ujang mulai dipersoalkan netizen lantas pernah aktif menyindir kerajaan melalui lakaran karikaturnya satu masa dahulu.

Antara yang pernah menjadi mangsa lakarannya ketika itu termasuklah Dr Mujahid Yusuf Rawa yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Agama.

Ianya dipercayai berpunca akibat termakan dengan  dakyah politik kebencian yang dicetuskan 2 parti melayu terbesar tanahair Pas dan Umno. Keberaniannya menaikkan lakaran karikatur Dr Zakir Naik sedang mengajar menteri agama itu mengucap dua kalimah syahadah, susulan isu kontroversi melibatkan pertembungan Dr Zakir Naik dengan masyarakat non muslim negara ketika itu mendapat pujian ramai.

Namun perkembangan mutakhir, kartunis tersebut telahpun menyatakan hasrat untuk menjauhi dunia politik. Adakah kerana ditawarkan projek menerbit 12 siri berkaitan dunia memancing di Tasek Kenyir yang menjadi mata pencariannya  sekarang ini oleh Tv Alhijrah, sebuah agensi milik kerajaan?

Dalam perkongsian yang lain, netizen sempat membangkitkan persoalan samada dia turut dibayar ketika membuat lakaran menteri agama PH dahulu? malah ada yang bertanya kenapa lakaran karikatur tersebut sudah dipadamkan.