Panas! Kecewa gagal tubuh kerajaan, MP PN ini nekad enggan lepas jawatan sbagai Pengerusi LKIM

Panas! Kecewa gagal tubuh kerajaan, MP PN ini nekad enggan lepas jawatan sbagai Pengerusi LKIM

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Sebaliknya, Syed Abu Hussin Hafiz berkata hanya akan berbuat demikian setelah pengerusi baharu dilantik.

Beliau menambah, kontrak pelantikannya adalah selama dua tahun dan akan tamat pada 2024.

“Jadi bila menteri baharu naik (dilantik), dia akan memilih pengerusi yang baharu untuk menggantikan saya, jadi barulah saya berundur diri.

“Tapi sementara ini, belum ada lagi pengganti dan saya teruskan khidmat sebagai pengerusi untuk bantu menyampaikan bantuan-bantuan kepada rakyat,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Enjin Sangkut di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Matang di sini pada Isnin.

Dalam pada itu Syed Abu Hussin Hafiz berkata, beliau juga akan menggunakan elaun sebagai ahli Parlimen kira-kira RM25,000 sebulan bagi membantu rakyat di kawasannya.

Ujar beliau, tindakan itu bukanlah usaha baharu, sebaliknya telah dilakukannya sejak mula menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 2018.

“Daripada awal saya jadi ahli Parlimen pun saya sudah serahkan duit (elaun) kepada pegawai saya untuk uruskan bantuan bagi menjalankan semua aktiviti dan perbelanjaan di Parlimen Bukit Gantang.

“Oleh kerana tiada peruntukan kerajaan, jadi saya gunakan wang elaun ahli Parlimen sebanyak RM25,000 ini, dan serahkan kepada pusat khidmat untuk mereka atur bantuan kepada rakyat,” katanya lagi, memetik Awani.

Dalam masa yang sama, Syed Abu Hussin Hafiz juga akan menggunakan wang zakat perniagaannya untuk membantu golongan asnaf di kawasan Parlimennya.