Panas!!! Kelewatan angkat sumpah MB cetus tanda tanya

Panas!!! Kelewatan angkat sumpah MB cetus tanda tanya

Barisan Nasional (BN) secara rasmi menamakan semula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar Johor selepas kemenangan parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat dengan sebulat suara dan parti akan memohon perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Sebagai Pengerusi BN, kita mengemukakan nama Datuk Hasni untuk mendapat perkenan Tuanku Sultan Ibrahim bagi membolehkan beliau meneruskan kembali tugas sebagai Menteri Besar Johor.

“Selain itu, kita juga akan memastikan Ikhtiar Johor (manifesto) boleh dilaksanakan dan kami di kepimpinan pusat akan membantu Hasni untuk melaksanakan secepat mungkin bermula daripada Belanjawan 2023,” katanya.

BN memenangi PRN Johor dengan mendominasi sebanyak 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus mencapai jumlah majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan negeri.

Kemenangan itu juga menyaksikan parti lain iaitu Pakatan Harapan (PH) hanya memperoleh 11 DUN, Perikatan Nasional (tiga DUN), PKR (satu DUN) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (satu DUN).

Zahid juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Johor yang menyokong BN hingga parti itu memenangi PRN Johor.

Sementara itu, Pengarah PRN Johor BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kemenangan imdi Johor dilihat sebagai lembaran baharu untuk parti dan seluruh rakyat di negeri ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh kepimpinan di peringkat pusat, negeri dan jentera yang telah bersama-sama membantu BN merampas semula negeri Johor pada PRN Johor ini.

“Kita akan pastikan rakyat negeri Johor akan hidup dalam keadaan aman sejahtera untuk lima tahun akan datang,” katanya.-