Panas!!! Kenapa Nabila Razali ‘sound’ pentadbir laman sosial KKM?

Panas!!! Kenapa Nabila Razali ‘sound’ pentadbir laman sosial KKM?

KETIKA kes jangkitan Covid-19 terus meningkat hingga mencecah angka 20,000 sehari, penyanyi Nabila Razali meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewujudkan komunikasi dua hala menerusi platform media sosial mereka.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 28, berkata ruangan komen di semua media sosial kementerian itu seharusnya dibuka bagi memberikan ruang kepada rakyat memberi cadangan.

“Sekarang ramai yang dapat banyak info daripada sumber yang salah, bagus kalau kita ada satu sumber yang sahih iaitu platform yang tak tutup komen untuk orang ramai memberikan pendapat.

“Saya risau apabila tengok kes kematian semakin meningkat. Saya rasa macam ia semakin dekat dengan saya dan keluarga,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Nabila menerusi ciapan di Twitter meminta KKM memberi peluang orang ramai memberi pendapat dan bertanya info berkaitan Covid-19 di laman sosial rasmi agensi itu.

Ciapan Nabila di Twitter miliknya.
Untuk rekod tiga platform utama iaitu Facebook, Twitter dan Instagram milik KKM tidak membenarkan orang ramai menulis di ruangan komen.

Akui faham ruangan komen itu ditutup bagi mengelakkan perbalahan, namun Nabila berkata perkara itu sedikit sebanyak menyukarkan netizen yang benar-benar mahu bertanyakan info dan kesahihan sesuatu perkara berkaitan Covid-19.

Penyanyi lagu Peluang Kedua ini juga meminta netizen supaya menggunakan medium itu untuk memberi cadangan dan bukannya menyalahkan mana-mana pihak dengan menulis kata-kata kesat.

Bila semua bekerjasama InshaAllah kita akan kembali hidup seperti biasa
NABILA RAZALI
PENYANYI

“Saya faham asbab KKM menutup ruang komen kerana mereka ingin mengelakkan perbalahan seterusnya mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

“Saya cadangkan kita gunakan ruangan komen di Facebook, Instagram dan Twitter KKM sebagai ruang untuk kita sama-sama bertukar pendapat.

“Jika masih ada yang komen negatif, kita jangan kecam dia, sebaliknya kita educate dia sambil bertanya “apa masalah awak?” katanya.

Dalam pada itu, Nabila turut meluahkan kebimbangannya terhadap peningkatan kes Covid-19 yang memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia.

Nabila juga terkesan dengan pandemik dan berharap situasi ini segera berakhir.
Katanya, dia turut tertekan dengan situasai pandemik yang melanda negara dan berharap semuanya akan pulih seperti sedia kala tidak lama lagi.

“Saya faham ramai yang terkesan, hilang kerja, kehilangan ahli keluarga, rindu nak balik kampung. Sabar, semua ni akan berakhir.

“Sekarang masa kita untuk bersatu hati. Jangan gaduh-gaduh ok. Saya tahu semua tertekan… saya pun sama. Bila semua bekerjasama InshaAllah kita akan kembali hidup seperti biasa,” ujarnya.

Pada Khamis negara mencatatkan kes penularan wabak covid-19 harian tertinggi sebanyak 20,596 kes baharu.

Sumber – MStar