Panas!!! Ketua bahagian Arau keluar parti, ego Bersatu direntap menjelang PRN Melaka

Panas!!! Ketua bahagian Arau keluar parti, ego Bersatu direntap menjelang PRN Melaka

Ketua Bahagian Bersatu Arau, Ameir Hassan dilaporkan membuat keputusan untuk keluar daripada parti itu berkuat kuasa 15 Oktober lalu, lapor portal akhbar dalam talian Malaysiakini.

Menurut laporan Sinar Harian semalam, Amier berkata Bersatu telah tersasar daripada perjuangan dan matlamat asalnya.

“Saya kini bukan lagi ahli Bersatu. Bersatu sudah mati apabila berlakunya ‘Langkah Sheraton’. Perjuangan asal Bersatu sudah hilang kerana kerakusan kuasa dan jawatan ketika di bawah pimpinan Muhyiddin.

“Saya membuat keputusan ini kerana Bersatu saya asaskan di Perlis sejak September 2016, yang saya bina dengan segala kudrat dan pengorbanan sudah tersasar jauh daripada perjuangan asal.

“Parti itu sudah menjadi alat kepada mereka yang rakus kuasa tanpa menghiraukan pengorbanan rakyat yang membawa Bersatu ke ambang kejayaan,” kata seperti dipetik.

Amier berkata surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada presiden Muhyiddin Yassin dan setiausaha agung Hamzah Zainudin pada awal pagi semalam.

Selain ketua bahagian, Amier sebelum ini turut memegang jawatan timbalan pengerusi Bersatu Perlis.