Panas!!! KJ akui pegawainya berbohong, wujud kesilapan data pada stok vaksin Selangor

Panas!!! KJ akui pegawainya berbohong, wujud kesilapan data pada stok vaksin Selangor

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mengakui terdapat kesilapan pada data yang mengatakan bahawa Selangor mempunyai stok 2.9 juta dos vaksin pada akhir bulan lalu.

Kerajaan negeri menafikan angka itu, dengan mengatakan bahawa pada 1 Jun ia hanya menerima kira-kira 615,000 dos.

Dalam penjelasan kepada portal berita kesihatan CodeBlue hari ini, CITF bersetuju bahawa anggaran yang diberikan oleh Selangor adalah betul.

CITF berkata baki 2,3 juta dos vaksin di Selangor sebenarnya stok pengedar yang akan diedarkan ke seluruh negara.

“Jumlah yang sebelum ini diberikan kepada CodeBlue termasuk stok di kemudahan kerajaan dan sebahagiannya masih ada di gudang pengedar yang terletak di Selangor dan siap untuk diedarkan ke seluruh negara,” kata CITF.

Menteri yang memantau program vaksinasi Covid-19, Khairy Jamaluddin memberitahu media pada hari Isnin bahawa agihan dos vaksin berdasarkan liputan penduduk dan nombor pendaftaran.

“(Kami juga) sekarang beralih dan memberikan lebih banyak vaksin ke negeri-negeri yang menjadi titik panas Covid-29, khususnya Lembah Klang,” katanya.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/577744