Panas!!! Lagi dakwaan rasuah, terbaru ‘isteri muda’ dilantik sebagai pegawai di pejabat berkait Exco Terengganu

Panas!!! Lagi dakwaan rasuah, terbaru ‘isteri muda’ dilantik sebagai pegawai di pejabat berkait Exco Terengganu

Wujud ‘conflict of interest’ kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ustaz Ariffin Deraman dalam pelantikan Dr Mutia Sobihah Abd Halim sebagai Pegawai Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri.

Dr Mutia didakwa turut menjalankan ‘tugas-tugas’ atas arahan YB Ariffin yang dipercayai tiada kaitan dengan pelancongan negeri termasuklah ‘menguruskan’ syarikat Ertugrul Empire.

Semakan data daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Ertugrul Empire didaftarkan pada 2 Oktober 2019.

Syarikat yang didaftarkan di satu alamat di Kampung Jati, Jalan Gong Badak itu dimiliki oleh dua individu iaitu Ahmad Firdaus Ariffin, 24 tahun dan Nur Ameera Sofia Roslan, 21 tahun.


Ahmad Firdaus ialah anak kepada YB Ariffin.

Nur Ameera Sofia ialah anak kepada Dr Mutia.

Jadi, apa Kepentingan YB Ariffin dan Dr Mutia dalam syarikat Ertugrul Empire?

‘Ertugrul’ ialah satu istilah daripada Bahasa Turki.

Menurut catatan Dr Mutia di facebooknya pada 17 Disember 2019, beliau telah ditawarkan sebagai ‘Research Fellowship’ di bawah tajaan sebuah organisasi di Turki dengan kajian bertajuk “Spiritual Tourism for Sustainable Tourism Development: A Complement Study in Turkey and Malaysia” antara 2018 hingga 2019.


Facebook Ariffin Deraman pada 16 Disember 2018 turut mencatatkan, “Perjumpaan bersama wakil UniSZA bagi membincangkan untuk menarik pelancong dari Turki”.

Wakil UniSZA yang dimaksudkan ialah Dr Mutia dan perjumpaan itu berlangsung di Wisma Darul Iman.

Tidak pasti samada YB Ariffin tahu atau tidak statistik terkini pelancong dari Turki ke Terengganu.

Yang pasti, YB Ariffin tahu produk ‘perniagaan’ dari Turki ke Terengganu.

Sumber – TerengganuReport