Panas!!! Lain macam punya marah Pyanhabib dekat Azmin Ali

Panas!!! Lain macam punya marah Pyanhabib dekat Azmin Ali

Nota kepala kepada Azmin

Azmin,
Sebaik terbaca berita berkaitan kenyataan tandatangan kamu dan geng yang stress, ada satu benda melompat keluar dari tengkorak gua. hanya satu benda (bab lain lantaklah): apabila kamu berkata; ‘keputusan melompat parti kerana kecewa yang mendalam terhadap anwar ibrahim yang membawa amalan politik pecah-belah … .’ (bab kamu petik nama anwar gua tak campur).

Satu benda. ya, gua terfikir satu benda saja iaitu: apa perasaan kamu semasa melangkah masuk dan keluar pintu sheraton? seronok? kamu dan mangkuk-mangkuk semua itu tak bawa politik pecah belah ke? satu negara kamu pecah.

Apa perasaan kamu dan mangkuk-mangkuk semua apabila kamu kecewakan orang ramai yang mengundi kamu di pilihan raya hingga kamu menjadi yang berhormat dan tembolok penuh?

Yang berhormat tengkorak kau!

Sungguh busuk kamu jadi yang berhormat, sungguh tidak berguna gua jadi pengundi.
Pyanhabib Rahman