Panas!!! Lebih 64,000 murid dijangkiti Covid-19, Radzi Jidin dimaki netizen

Panas!!! Lebih 64,000 murid dijangkiti Covid-19, Radzi Jidin dimaki netizen

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan siapa yang patut dipertanggungjawabkan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan seramai 64,064 murid bawah 12 tahun dijangkiti Covid-19 sejak 18 Mei lalu.

Najib berkata, kebimbangan mengenai perkara itu sebelum ini sudah disuarakan kepada Kementerian Pendidikan (KPM), namun tidak diendahkan.

“Najib bimbang sebab kerajaan kata pada bulan April bahawa lebih 23,000 murid umur bawah 12 tahun sudah dijangkiti Covid-19 sejak permulaan tahun dan satu persatu kluster pendidikan mula dikesan.

“Lalu, menteri PN suruh ibu bapa jangan risau sebab KPM ada cara untuk tangani kluster pendidikan,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata, persoalan bagaimana KPM mahu menangani masalah jika berlaku jangkitan sudah disuarakan.

“Najib tanya bagaimana nak tangani kluster pendidikan sedangkan kanak-kanak biasanya tak tunjuk sebarang gejala (termasuk demam) walaupun positif dan sukar untuk dikesan tapi masih mampu menjangkiti orang tua dalam rumah?

“Najib suruh tutup sekolah serta-merta sebelum bencana berlaku. Menteri PN tak jawab sehingga sekarang apanya cara untuk tangani tapi kata sekolah tetap diteruskan,” katanya.

Katanya, dengan jumlah jangkitan melebihi 60,000 membabitkan murid, tetapi tidak pula dinyatakan berapa ramai ibu bapa dan orang tua sudah dijangkiti oleh murid yang bawa penyakit balik ke rumah.

“Siapa yang perlu bertanggungjawab ini?,” soalnya. – FMT