Panas!!! Masa darurat pun Muhyiddin benarkan anggota kabinet berhibur di luar negara

Tular sebelum ini kisah kehilangan Timb. Menteri Wilayah apabila rakyat di kawasan parlimennya cuba menghubunginya bagi mendapatkan bantuan.
Setelah siasatan dibuat, ternyata Timb. Menteri ini rupanya sedang bersama-sama ahli keluarga di Auckland, New Zealand meraikan sambutan Krismas.
Menurut surat yang didedahkan hari ini, Timb Menteri iti telahpun diberi kebenaran melakukan rentas negara selepas mengambil cuti selama 55 hari bekeja bermula 28 Disember 2020 sehingga 20 Mac 2021.
Namun kalangan netizen mulai mempersoal apakah keistimewaan yang diperolehinya bagi berhibur bersama-sama keluarga dalam keadaan negara sedang di bawah kawalan darurat ini.
Rata-rata mereka mulai yakin tujuan sebenar Muhyiddin melaksanakan perintah darurat bukanlah untuk menyelamatkan negara, tetapi lebih kepada memberi kebebasan kepada PM untuk bertindak sesuka hati.