Panas!!! Mat Sabu anggap Ismail selesa dikawal parti Bersatu

Panas!!! Mat Sabu anggap Ismail selesa dikawal parti Bersatu

Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa Ismail Sabri Yaakob supaya lebih berani menguruskan kerajaannya daripada menjadi “tawanan” oleh pihak tertentu, lapor portal akhbar FMT.

Mohamad (PH-Kota Raja) berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) sebelum ini adalah untuk memastikan Ismail kekal menjadi Perdana Menteri hingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mohamad juga berkata, beliau melihat Ismail tidak berani seperti yang diinginkan dalam mengambil tindakan terhadap pelbagai perkara, termasuk dakwaan bekas Ketua Polis Negara Hamid Bador sebelum ini mengenai rasuah berleluasa dalam politik.

“Jangan jadi seperti tawanan yang dikawal oleh orang tertentu. Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sehingga kini dia tidak mengumumkan apa-apa.

“Apakah SOPnya? Apa yang kita ada ialah menteri ini atau menteri itu yang membuat pengumuman.

“Perdana Menteri mesti tunjukkan ‘kuasa’ beliau dalam menguruskan kerajaan. Jangan ada sebarang ancaman daripada mana-mana pihak, itulah sebabnya kami menandatangani MoU supaya (Ismail) boleh kekal sehingga pilihan raya akan datang.

“Tetapi dia nampaknya tidak berani melakukan sesuatu yang berbeza untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat dalam perbahasannya mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2022.

Mohamad juga secara berseloroh merayu kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) supaya tidak melakukan perkara yang sama sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri nanti.

Beliau juga menggesa kerajaan untuk melihat ke arah membangunkan industri pertahanan tempatan pada masa depan, sambil berkata negara mampu mengeluarkan kenderaan 4×4 dan 6×6 sendiri, malah untuk dijual ke negara lain