Panas!!! Menantu Hadi dakwa wujud golongan ‘ustaz celup’ halalkan rasuah komisen

Panas!!! Menantu Hadi dakwa wujud golongan ‘ustaz celup’ halalkan rasuah komisen

RASA NAK SEPAK KERETA AUDI, GERAM!!!

Ada satu hari, waktu saya otw balik Terengganu, ada seorang lelaki berbangsa Cina tiba-tiba bayar air saya bernilai RM1.20. Saya tolak.

Selepas itu dia minta izin duduk di meja saya dan isteri yang baru nak makan. Saya cakap x boleh sebab saya nak makan dengan isteri saya. Jadi dia duduk meja sebelah sejarak 1 meter.

Dia mula memperkenalkan dirinya, tunjuk IC sebagai rakyat kelahiran Terengganu dan beliau dalam masa sama wakil syarikat China untuk melombong dan mengeksport galian2 seperti besi, timah dan lain2.

Saya bertanya tentang silika dan dia explain dia pernah buat projek ini di tempat begian2. Dia bersungguh bagitahu saya untuk saya dapatkan tapak atau tanah bagi cari gali galian2 atau pasir2 yang bernilai.

Siap dia tunjukkan projek2 dia sebelum ini di Terengganu dan beberapa negeri lain. Saya perhati mcm seolah-olah dia perhati saya daripada awal sebab saya dah explain banyak kali bahawa bisnes saya produk dan telco serta it system, bukan lombong.

Teringat ada saudara yang kontraktor tak dikenali bawa RM 1juta cash sebagai hadiah saja2. Lepas ditolak, keesokkannya dia telefon, cakap, kalau tak cukup 1 juta, nak bagi 3 juta.

Last kena ayat “hey bodoh, aku dok berahi benda2 ni … dok soh tebeng tepong la lepas ni … ” baru dia menghilang. Macam hantu, muncul tiba2 hilang tiba2. Walau asalnya tak nampak, tp kalau seru, mesti ramai muncul sebab dia duk perhati kita, tp kita tak perasan dia.

Lepas sembang, rasa nak sepak kereta audi yang saya naik sebab geram selepas dengar penjelasan dia. Bukan geram dekat pakcik tadi, dia tak salah sebab dia hanya cari peluang disebalik sistem bodoh yang kita pakai hari ini.

Tapi saya geram pemimpin-pemimpin politik, suka cari komisen daripada pengjarahan negara2 asing terhadap galian2 kita. Geram sebab mereka lebih gemar berpolitik berbanding bangunkan aset2 rakyat.

Sepatutnya kita bangunkan produk2 berasaskan besi, emas, silika dan lain2 galian ditempat kita, buka kilang tempat kita.

Kalau malas, lombong galian dan jual bahan galian tu kira masih ok lg. Itupun tidak. Tp lebih suka bagi projek, kerajaan ambik cukai, dia senyap2 baham komisen, galian dapat kat individu, masuk kapal, belayar keluar ke negara asing.

Lebih malang, galian lebih berharga spt emas, syarikat pelombong asing apungkan saham dia di negara jiran, bukan BSKL kita. Apa ke jenis bodoh macam ni.

Lebih teruk jika ada ustaz celup bg fatwa rasuah komisen tu halal. Bila kerajaan tak cukup duit sebab aset habis bocor keluar, mulalah nak kena cukai itu cukai ini.

Potong bajet sana potong bajet sini. Memang saya tanam semangat untuk satu hari mungkin perlu buat revolusi politiki jika reformasi politik gagal, kerana kuasa ekonomi dikawal oleh kuasa politik. Tanpa revolusi politik, revolusi ekonomi gagal.

Nota: Saya belanja gambar pantai Terengganu waktu pagi.

Sumber – FB Zaharudin Muhammad