Panas!!! Meskipun berdepan musibah banjir, kerajaan tetap benarkan program ‘live’ Gegar Vaganza
Umum mengetahui negara sedang berdepan musibah banjir yang dikira agak teruk sehinggakan diberitakan telah pun meragut beberapa nyawa.
Dalam keadaan rakyat terkesan dengan bencana ini sedang berduka, pihak Astro dilihat mengenepikan sensiviti mereka terhadap mangsa banjir yang sedang berdepan kesedihan dan trauma ini apabila membuat keputusan meneruskan siaran langsung program hiburan, Gegar Vaganza yang berlangsung malam tadi.
Malah kerajaan yang sebelum ini begitu lantang berjanji akan mengislamkan semua program-program yang disiarkan kepada rakyat sanggup mengkhianati janji mereka apabila bersekongkol dengan membebarkan program maksiat ini.
‘Jangan undang bala ALLAH’ merupakan kalimat lazim diucapkan terutamanya oleh pemimpin Pas terhadap sebarang tindakan kerajaan terdahulu yang membenarkan program maksiat tatkala negara sedang ditimpa bencana.
Namun ucapan itu seakan lenyap bagai ditelan arus banjir selepaa mereka berkuasa kini. Adakah selepas bersama-sama di dalam kerajaan sekarang ini, maka konsep amar makruf nahi mungkar yang sekian lama didoktrin ke atas ahlinya dahulu terpaksa dikorbankan demi menjaga hati pemimpin liberal yang turut terdapat di dalam kerajaannya?
Di mana suara Menteri Agama dalam isu Gegar Vaganza ini? Adakah mulutnya masih penuh dengan sagon, ungkapan yang sering menjadi ‘trademark’ beliau sewaktu hebat dipentas pembangkang suatu masa dahulu.
Jika parti Amanah pun sanggup menangguhkan konvensyennya semalam, kenapa kerajaan melalui Menteri Agama inu tidak mampu memberi arahan agar segala program berwajah mungkar dan maksiat dutangguhkan sementara?
Apa yang ditakutkan sangat Menteri Agama inibterhadap MCA yang hanya punya 2 kerusi parlimen di dalam kerajaan itu hinggakan untuk melakukan apa sahaja perlu merujuk kepada mereka terlebih dahulu.