Panas!!! Meskipun mendakwa penerbangan mewah ditanggung MWL, Menteri Agama enggan menyentuh kehadiran “Taikun Umrah Travel’ dalam rombongannya

Panas!!! Meskipun mendakwa penerbangan mewah ditanggung MWL, Menteri Agama enggan menyentuh kehadiran “Taikun Umrah Travel’ dalam rombongannya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia.

Semasa anda sedang membaca tulisan ini, saya masih dalam usaha menghadiri beberapa perbincangan dan kunjungan untuk memperkukuh hubungan Malaysia dan Arab Saudi dalam pelbagai aspek terutamanya hal ehwal Islam, termasuk haji dan umrah.

Saya cuma mendapat makluman berkenaan video yang telah tular, beberapa ketika tadi. Melihat komen dan kenyataan yang dikeluarkan, perlu bagi saya untuk menyatakan beberapa penjelasan.

Alhamdulillah, ramai juga yang bertanya kepada saya terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa andaian. Saya doakan semoga Ramadhan kali ini mampu mendidik jiwa kita ke arah yang diredhai-Nya.

1. Saya menaiki penerbangan SAUDIA Airlines daripada KL – Riyadh, sama seperti penumpang lain.

2. Penerbangan daripada Riyadh ke Madinah seperti dalam video tersebut diuruskan sepenuhnya dengan titah perkenan Khadimul Haramain al-Syarifain Liga Muslim Sedunia (Muslim World League).

3. Ini berikutan jemputan Diraja oleh Gabenor Madinah, YM Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud kepada saya untuk bertemu baginda di Madinah.

4. Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang Menteri daripada Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Arab Saudi atas urusan negara. Atas sebab itulah jemputan Diraja dizahirkan berserta dengan pesawat berkenaan. Begitulah sebagaimana yang saya dimaklumkan.

4. Ingin saya nyatakan bahawa semua program dan mesyuarat penting berkaitan haji, umrah dan hal ehwal Islam sepanjang saya di Arab Saudi diaturkan dan ditaja penuh oleh Liga Muslim Sedunia melalui Setiausaha Agungnya, Sheikh Mohammed Abdul Karim al-Issa atas perkenan Khadimul Haramain al-Syarifain Raja Salman Abdulaziz.

5. Saya melihat ia adalah tanda penghormatan baginda, Kerajaan Arab Saudi dan pihak Liga Muslim Sedunia kepada Kerajaan Malaysia.

6. Justeru, kenyataan bahawa saya bertindak menyalahgunakan wang rakyat untuk menaiki pesawat mewah sepanjang di sana / menuju ke sana adalah tidak benar.

Saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati. Sejujurnya, sepanjang di sini saya sentiasa mendoakan kebaikan kepada rakyat Malaysia, dan sudah pasti kepada umat Islam di Malaysia.

Inisiatif RM14 juta #RamadhanPrihatin yang digerakkan oleh agensi-agensi saya sepanjang Ramadhan ini sebagaimana yang saya umumkan semalam, akan sentiasa dipantau walaupun saya tidak berada di Malaysia.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua, terutamanya kepada mereka yang lebih memerlukan.

Yang benar,

Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Madinah al-Munawwarah
13 April 2021, 12.30 PM