Panas!!! MoU bipartisan, peguam wanita ini dakwa Ismail berjaya ‘checkmate’ Azmin

Panas!!! MoU bipartisan, peguam wanita ini dakwa Ismail berjaya ‘checkmate’ Azmin

MOU BIPARTISAN

1. Ada beberapa sahabat di sini, direct message (DM) minta saya ulas cerita MOU Kerajaan dan Pembangkang semalam. So, here goes…

2. Saya selalu katakan politician ini kebanyakannya sejenis political animal. Anytime mereka kata “demi Rakyat” tuan puan kena berwaspada. Apa pulak game kali ni? Sebab selalunya ada udang di sebalik mi. Ye ada yang ikhlas juga, kita kena adil. Tetapi biasanya mereka2 ni penganut ajaran Machaevelli: “matlamat menghalalkan cara”. Dan matlamat dalam politik hanya satu: KUASA. Maka, pohon saya decipher apa yang mereka dapat daripada MOU ni, selain daripada “DEMI RAKYAT” yang selalu dilaungi.

3. Dicanangkan melalui MOU ini Rakyat akan dapat:

(i) “Undi 18 tahun, Perdana Menteri max 2 terma & Akta Anti Lompat Parti”

KOMEN: Kalau diperhatikan, ini semua YB2 pun dapat untung besar, bukan hanya rakyat biasa. Undi18 buat mereka boleh tambah undi dari muda mudi. Ada chance tambah majoriti. Perdana Menteri hanya 2 terma, ini boleh sekat siapa antara mereka daripada berkuasa lama. Akta Anti Lompat Parti pula bagi parti Kerajaan stabiliti, tiada antara geng yang melompat dan cabut lari. Makanya, laungan #Demirakyat tu sedikit tenggelam sebab mereka banyak juga yang benefit.

(ii) “Peruntukan tambahan untuk wabak”

KOMEN: Ni no brainer to comment, kalau kena buat MOU Bipartisan untuk rakyat dapat lebih peruntukan, tuan puan pikir macam mana. Bukankah ini patutnya yang Rakyat dapat kalau Kerajaan dan Pembangkang pandai buat kerja di Parlimen. Kenapa perlu ada deal baru Rakyat nak dapat budget tambahan?

(iii) “Kerajaan tidak masuk campur dengan urusan mahkamah”

KOMEN: Ini lagi satu no brainer. Ini memang patut dibuat. Kalau campur juga urusan mahkamah dah jadi ethically and morally wrong. To begin with, ini memalukan untuk dimasukkan dalam MOU. Sampai Kerajaan kena berjanji sebegitu. Kalau negara lain tahu bukan ke kita malu. Kerajaan kena seolah-olah ditunjukkan rotan, supaya baik kelaku.

4. Jadi tuan puan tengok, benda yang dalam MOU bukannya hadiah atau gula2 extra untuk Rakyat. Senang cerita, tanpa MOU pun, semua ini memang patut Rakyat dapat. Kalau YB2 kita sama ada Kerajaan atau Pembangkang mmg tahu dan pegang principles mereka dan buat kerja untuk lindungi demokrasi, MOU ni memang tak payah dibuat. Makanya jangan la diucap MOU ini Demi Rakyat.

5. Sekarang kita kaji pula apa kepentingan MOU ini pada mereka.

Untuk PM dan Kerajaan:

(i) Satunya, PM dapat ruang bernafas sehingga PRU15, telah dijanjikan PH takkan cuba tumbangkan Kerajaan sehingga next PRU. Akan support dia dalam setiap undi RUU.

(ii) Peluang untuk CHECKMATE musuh dalam selimut:
a. Geng Bersatu, yang boleh ancam nak macam2, termasuk seat DPM AA yang telah dicantas awal; dan
b. Geng Klepto & Mahkamah, sekiranya mengada2 nak dilepaskan kes atau nak diangkat dalam Kerajaan jadi Penasihat Ekonomi atau Speaker Dewan.

Maka, PM sekarang boleh cakap “go fly kite” pada dua golongan di atas, sebab PH dah bagi back up baik punya. Ini termasuk kalau ada yang nak mendajal buat undi tak percaya, PM dah ada 88 vote, saja2.

(iii) Diangkat sebagai PM pertama dalam sejarah yang buat Bipartisan, boleh dispin sebagai magnanimous dan bagai2. Ini sangat menguntungkan Kerajaan.

Untuk PH dan Pembangkang

(i) Dapat peruntukan Ahli Parlimen seimbang dan sama dengan MP Kerajaan. Ini penting untuk next PRU untuk mereka belanjakan di kawasan.

(ii) Ketua Pembangkang dapat kemudahan extra nak jalankan tugas. Not sure apa benda, sama ada gaji tara Menteri atau dapat private jet sebijik, tapi for sure dia akan dapat something.

(iii) Dapat jadi hero kepada Rakyat konon mereka yang bangkitkan reforms and demands untuk Rakyat mendapat.

Jadi tuan puan tengok la, MOU ni sebenarnya lagi untung untuk YB2. Kita ni mendapat sipi2.

6. Makanya, apa yang kita belajar dalam ini gambar? Jangan tergula2 dan dibuai mimpi indah dengan slogan demi rakyat. Padahal YB2 juga yang benefit banyak dan mendapat. Mana yang untuk kita tu ok lah kita cakap terima kasih dan alhamdulillah. Tapi toksiknya politik kita ni sampai benda yang patut Rakyat dapat, kena nego dalam MOU parti politik untuk diberi. Sampai begitu sekali.

7. Jadi, ingat la benda ni, orang politik bila cakap “No Klepto, No Anwar, No DAP” itu cuma slogan kosong nak buat kita syok. Bila dah kena batang hidung nak berkuasa, semua tu dah tak kira. Seperti kita tengok wresting/ gusti la. Nak tengok boleh, jangan percaya sangat. Dah sah2 kita tahu diaorg tu gaduh olok2, kasi perangat!

8. Having said so, yang paling penting sekarang ialah untuk kita stay NONPARTISAN. Jangan jadi totok dan taksub macam HANTU TONGSAN. Hanya dengan cara itu, kita boleh decipher game level kayangan. Come PRU15, list kan merit dan demerit mereka, baru kita buat keputusan.

Wallahu ‘alam,

Salam hormat,
Liyana Marzuki