Panas!!! MP Bukit Mertajam alihkan sumbangan laptop kepada Sekolah Menengah Arab Tahfiz

Panas!!! MP Bukit Mertajam alihkan sumbangan laptop kepada Sekolah Menengah Arab Tahfiz

Apabila saya mendapat WhatsApp daripada En. Roslee, Pengetua Sekolah Menengah Arab Tahfiz ibn al-Qayyim di Bukit Mertajam untuk 5 buah laptop, saya segera memberi kelulusan. Sebab kalau untuk pendidikan anak-anak, kita tak nak proses yang susah susah. Jalan terus.

Ketika melawat ke sekolah tadi, saya berpeluang menyaksikan bacaan Al-Quran oleh salah seorang pelajar.

Teringat kata-kata Saudara Lim Guan Eng satu ketika dahulu bahawa, jika orang Islam di Pulau Pinang menghafal Al-Quran mereka akan menjadi rakyat yang baik.

Justeru, di negeri Pulau Pinang, walaupun kena lontar macam-macam fitnah, orang Islam digalakkan menghafal Al-Quran, sehingga para hufaz diberi penghormatan kerajaan negeri setiap tahun dalam bentuk insentif kewangan.

Laptop saya juga minta install siap-siap software Al-Quran. Senang nanti pihak sekolah dan para pelajar nak guna.

Steven Sim