Panas!!! Mufti Perlis didakwa berbohong

Panas!!! Mufti Perlis didakwa berbohong

Kontroversi disebalik penghijrahan tiga anak berketurunan Cina ke dalam Islam antara Mufti Perlis, Sahibus Samahah Dr. Asri Zainal Abidin dan ibunya semakin rumit.

Ini susulan pengakuan ibu tunggal tersebut, Loh Siew Hong bahawa ketiga-tiga anaknya menyuarakan hasrat mahu kembali ke pangkuannya.

Ianya kelihatan bercanggah dengan kenyataan yang dibuat Asri menerusi satu ceramah agama yang disiarkan secara langsung di Facebooknya sebelum ini yang menyebut anak perempuan itu “berulang kali” memberitahunya mereka tidak mahu mengikuti Loh, apabila bertemu dengannya.

Malah, Mufti Perlis itu juga mendakwa kanak-kanak tersebut yang kini tinggal berasingan tidak mahu “mengikutnya kerana takut”.

Kata Asri lagi, kanak-kanak itu perlu kekal di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana mereka tidak mahu pulang bersama Loh.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik jurucakap Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Tamilar Kural Malaysia, David Marshel, menunjukkan tiga kanak-kanak itu duduk bersama Loh sambil tersenyum dan memberitahu mahu tinggal “bersama ibu” selepas tiga tahun berpisah.

Video pendek itu dimuat naik ke Facebook beserta kapsyen: “Tidak ada yang sekuat cinta ibu dan tidak ada yang lebih menyembuhkan seperti jiwa anak-anak.

“Jangan sebar penipuan, anak tetap ke pangkuan ibu!” tulis David.

Tiada maklumat bila dan di mana video itu dirakamkan.

David ketika dihubungi FMT berkata, kapsyen tersebut dibuat secara umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Tiga kanak-kanak itu dibawa ke Kuala Lumpur hari ini sebagai persediaan untuk Mahkamah Tinggi mendengar permohonan habeas corpus Loh esok di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Loh mendapat hak penjagaan sementara tiga anaknya pada 2019 dan hak penjagaan penuh pada Disember tahun lalu.