Panas!!! Muhyiddin dituduh terlibat dengan scammer

Panas!!! Muhyiddin dituduh terlibat dengan scammer

ABAH BUAT SCAM BESAR-BESARAN?

PM Muhyiddin telah minggu lalu umum bahawa 2.4 juta rakyat yang BERPENDAPATAN RM1,000 KE BAWAH akan menerima bantuan RM500 pada bulan Jun ini.

Beliau juga menambah, bantuan ini akan TIDAK PERLU DIMOHON KERANA KERAJAAN AKAN SEMAK LHDN, KWSP DAN SOCSO.

Nampak bagus. Tapi teliti dulu apa yang diumum.

Adakah Muhyiddin telah mengumum sebuah scam secara besar-besaran?

Fikir sejenak. Siapakah yang akan menerima bantuan RM500 ini?

1. ORANG KAMPUNG?
Memang betul orang kampung seperti penoreh getah, pekebun, nelayan dan pak cik mak cik yang buka warung ramai yang berpendapatan kurang daripada RM1,000. Namun, mereka tidak mencarum KWSP ataupun membayar cukai kepada LHDN.

Jadi macam mana mereka boleh dapatkan bantuan ini sedangkan rekod mereka tidak wujud dalam sistem LHDN, KWSP ataupun Socso?

2. ORANG BANDAR?
Orang bandar pula, tiada yang menerima gaji RM1,000. Ini kerana gaji minima adalah RM1,200. Kalau ada pekerja yang menerima gaji RM1,000, sudah tentu majikan pekerja tersebut sudah lama kena kantoi dengan kerajaan kerana menyalahi undang-undang buruh. Nak cari pekerja yang terima gaji di bandar umpama menunggu sajat beranak. Mustahil sebab gaji minima adalah RM1,200.

Jadi siapa sebenarnya penerima bantuan RM500 yang dimaksudkan oleh Muhyiddin?

Kalau Muhyiddin umum untuk nampak gempak, tapi bantuan ini nanti tidak sampai juga kepada rakyat, inilah namanya scam.

Adrian Lim Chee En