Panas!!! Muhyiddin ‘restu’ Paul Yong bantu Peja lawan Umno di Perak

Panas!!! Muhyiddin ‘restu’ Paul Yong bantu Peja lawan Umno di Perak

Tular beberapa keping gambar memaparkan kelibat Adun Tronoh dan Adun Buntong yang hadir turun ke kawasan Tg. Malim mewakili Perikatan Nasional.

Kedua-dua Adun tersebut sebelum ini telah sah diterima sebagai ahli bersekutu Bersatu. Tidaklah menghairankan kerana Paul sudah dikenali sebagai ‘kulop’ kepada Peja, bekas MB Perak dahulu.

Selain hubungan yang rapat, Paul juga dianggap sebagai ‘funder’ kepada Peja sementelah dia memang dikenali sebagai seorang jutawan sebelum bergelar YB lagi. Dia juga senang berkampung dirumah rasmi Peja dahulu, meskipun masih berketuakan Nga Kor Meng.

Malah ketika hari Peja mengumumkan keruntuhan kerajaan PH negeri Perak juga, Paul antara yang dilaporkan dibenarkan berada dalam rumah MB. Ramai yang menyebut, hubungan Peja-Paul ini lebih rapat berbanding hubungan Peja dengan geng Bersatu sendiri, macam adik beradik.

Namun selepas dijatuhkan melalui undi percaya hasil perancangan Umno hujung tahun lepas menyebabkan keadaan kewangannya menjadi parah terutama dalam menggerakkan jentera parti. Umno sendiri enggan lagi membantu Bersatu malah kerusi-kerusi strategik Glc jugak telah dimonopoli wakil Umno.

Memandangkan Umno bertekad utk membuat keputusan meninggalkan PN bagi menghadapi pilihanraya ke 15 nanti, mahu tidak mahu Peja yang baru dilantik mengetuai Perikatan Nasional Perak memerlukan bukan sahaja sokongan kepimpinan Bersatu, malah sokongan kewangan juga.

Jadi calon yang dilihat paling sesuai menyalur sumber kewangan baharu parti tidak lain tidak bukan ialah Paul sendiri. Sebagai imbalan, Paul ditawarkan untuk bertanding diperingkat lebih tinggi dan selamat. Tanjung Malim antara kawasan berpotensi buatnya, malah boleh juga membantu Peja bergerak di Chenderiang, DUN tunggal yang dimenangi Bersatu sebelum menerima ADUN lain.

Percayalah jika Peja kekal pertahankan DUN yang sama pada PRU-15, meletakkan Paul bertanding di Tanjung Malim adalah langkah strategi paling menguntungkannya nanti.