Panas!!! Nafi menyorok, JAIS dituduh berbohong
Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat menafikan dia bersembunyi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa sebelum ini.
Menurut video berdurasi 2.21 minit yang dimuat naik menerusi media sosial peribadinya, Nur Sajat menafikan dia ‘melarikan’ diri daripada pihak berkuasa.
“Masa bila kita jadi pelarian? Buat apa nak jadi pelarian?
“Masa bila saya menyorok? Ada ke awak nampak saya menyorok?” soalnya menerusi video berkenaan.
Nur Sajat mendakwa dia mendiamkan diri disebabkan keadaannya yang tidak sihat.
“Saya bukan menyorok, tapi hanya mendiamkan diri dari Instagram,” ujarnya.
Bagaimanapun, sepanjang menjawab soalan netizen, Nur Sajat tidak mendedahkan wajahnya dalam video tersebut.
Nur Sajat sebelum ini dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu. – AA