Panas!!! Najib bebas berkempen secara terbuka di Melaka

Panas!!! Najib bebas berkempen secara terbuka di Melaka

“Saya hanya datang bersantai-santai bersama penduduk di sini bukan untuk berkempen pilihan raya.”

Itu reaksi spontan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke Kampung Nelayan Tanjung Kling, Pantai Kundur hari ini, lapor portal akhbar MalaysiaGazette.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kehadirannya tidak boleh disifatkan datang berkempen untuk pilihanraya negeri pada 20 November ini.

“Saya datang je Kampung Nelayan Tanjung Kling semata-mata untuk bersantai sahaja…tidak ada apa apa yang boleh disifatkan sebagai kempen pilihan raya.

“Saya nak tengok penduduk di sini dan beramah mesra atas jemputan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan saya lihat kawasan ini berpotensi dimajukan demi manfaat hidup penduduk setempat,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu beliau turun melawat dan beramah mesra dengan penduduk kampung nelayan tersebut dan bersantai bersama kira-kira 100 orang komuniti nelayan di sini.

Keduanya, Najib berpuas hati sejak kerajaan BN memerintah di negeri tersebut komuniti nelayan setempat banyak mendapat manfaat termasuk jeti dan juga kemudahan bot serta lampu solar dan sebagainya.

“Ini semua menunjukkan bahawa dasar-dasar kerajaan BN memang mengubah keadaan hidup nelayan di sini,” ujarnya.

Lagi pun katanya disebabkan cuti hujung minggu, beliau juga mengambil kesempatan mahu berjalan-jalan di Melaka berjumpa kawan lama sebelum meluangkan masa sejam meninjau kemudahan jeti nelayan.

Beliau tiba tepat pukul 12 tenghari di Tanjung Kling sebelum disambut penduduk dengan sorakan “Bossku, Hidup Bossku!!.

Ditanya mengenai reaksi beliau tentang Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam, Najib memberikan respon dalam perbahasan di Parlimen pada Isnin ini.

“Saya akan memberi ucapan utama untuk (mewakili) BN Isnin ini di Dewan Rakyat, jadi saya akan mengulas tentang Bajet 2022 nanti,” tegasnya.