Panas!!! Najib dedah pembohongan Muhyiddin dan Azmin sepanjang tempoh ‘lockdown’
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam benar-benar mendidihkan darah saya dan menguatkan azam saya untuk tuntut PM8 undur.
Sebab mereka tak adil, kejam dan membuat keputusan yang menjahanamkan seluruh negara dan membunuh Rakyat biasa.
DOSM melaporkan bahawa jumlah nilai penjualan sektor pembuatan pada bulan Jun 2021:
– berjumlah RM124.4 bilion iaitu kenaikan 6.5% berbanding bulan Jun 2020 (tiada lockdown)
– naik 1.2% berbanding bulan Mei 2021 (PKP 3.0 separuh masak)
– penjualan semua sub-sektor pembuatan naik.
– jumlah pekerja naik 1.2% ke 2,188,142 orang pada Jun 2020.
Bulan Jun 2021 sebenarnya adalah bulan TOTAL LOCKDOWN atau Pentutupa Penuh seperti diumum PM8.
Jadi, bagaimana pula penjualan dan jumlah pekerja bagi keseluruhan sektor pembuatan boleh naik pada bulan Jun 2021 yang kononnya telah lockdown berbanding bulan Jun 2020 yang tiada lockdown?
Ini bermaksud bahawa PM8 dan kerajaan PN telah MENIPU seluruh Rakyat dan kebanyakan kilang-kilang dalam Malaysia telah teruskan operasi sepanjang tempoh Total Lockdown.
Penjualan sektor kilang naik 6.5% pada bulan Jun 2021 tapi apakah kenaikan “penjualan” sektor-sektor seperti sektor runcit, shopping mall, sektor pelancongan, sektor hiburan, sektor pasar malam, sektor tuisyen, pemandu, pengusaha kantin, pengusaha tuisyen, pemandu Grab, sektor sukan, sektor perkahwinan, sektor konvensyen dan hampir semua sektor lain?
Penjualan jatuh ke hampir sifar sebab dalam total lockdown.
Jadi, kenapa hampir kesemua sektor ekonomi lain perlu berkorban supaya sektor pembuatan boleh terus berkembang?
Kenapa kerajaan hukum dan korbankan sektor-sektor yang paling tidak mampu dihukum dengan pekerja bilangan paling besar supaya sektor pembuatan yang paling mampu bertahan sebulan lockdown boleh terus mengaut keuntungan sepanjang total lockdown?
Dan apa gunanya total lockdown apabila lebih 2 juta pekerja sektor pembuatan perlu terus bekerja sepanjang tempoh?
Sekiranya perlu berkorban, kenapa bukan semua berkorban bersama-sama untuk seketika agar lockdown tidak diheret berpanjangan sehingga 3 bulan setakat hari ini?
Kamu tahu tak berapa ribu nyawa manusia telah terkorban dan berapa puluh juta Rakyat biasa perlu menderita untuk menjayakan prestasi baik sektor pembuatan ini?
Sebab itulah Malaysia terjatuh ke keadaan paling parah terkesan Covid dalam dunia hari ini.
Syabas sektor perkilangan dan syabas pada kerajaan PN atas prestasi baik sektor pembuatan!
“9 Ogos 2021: Nilai jualan sektor pembuatan naik 6.5 peratus kepada RM124.4 bilion pada Jun 2021”
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1990963
Korang jawab di sana.