Panas!! Najib perli Mahathir dengan sindiran tajam
“Macam saya tersangat ingin nak kerjasama dengan orang yang rancang jatuhkan diri sendiri kot,” itu reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak susulan sidang media oleh dua tokoh veteran politik, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Menerusi muat naik di laman media sosialnya, Najib secara sinis mengakui berasa khuatir sekiranya berlaku kerjasama antara beliau dan Dr Mahathir, kerajaan yang tertubuh mungkin akan tumbang tanpa apa-apa sebab.
“Nanti tak tidur malam tiap-tiap hari sebab risau esok kerajaan akan tiba-tiba tumbang tanpa apa-apa sebab,” katanya dalam muat naik yang turut melampirkan dua tajuk artikel berkait sidang media Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh petang tadi.
Malah, Najib menerusi ruang komentar hantaran tersebut turut mempersoal kenyataan yang dibuat Mahathir.
“Balik rumah tengok bola main FB (Facebook) lepas meeting dengan Atok.
“Esok bangun tidur, baca berita kerajaan dah tumbang. Petang esok, Atok buat PC (sidang media) kata dia nak jadi PM (Perdana Menteri) lagi.
“Dia fikir saya nak macam ini ke? Sudahlah,” memetik komentar beliau itu.
Terdahulu, dalam sidang media tersebut, Dr Mahathir mengulangi pendiriannya untuk menolak bekerjsama dengan Ahli Parlimen Pekan itu bagi membentuk kerajaan baharu.
“Kerja dengan Najib? Saya minta maaf saya tak boleh,” kata Dr Mahathir.