Panas!! Najib warning kerajaan Muhyiddin, akan bertindak jika tertipu

Panas!! Najib warning kerajaan Muhyiddin, akan bertindak jika tertipu

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan bertindak jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) menunaikan tuntutan moratorium automatik dan pengeluaran akaun i-Sinar KWSP kepada semua pencarum.

“Saya dan kami akan terus menuntut kerajaan PN untuk tepati janji mereka sehingga kedua-dua isu ini diselesaikan sebaiknya.

“Kerajaan PN juga memberitahu kita bahawa mereka masih akan berusaha untuk memperbaiki kedua-dua perkara ini.

“Jika hasrat kami masih tidak tercapai dan kami masih rasa tertipu selepas satu tempoh masa yang munasabah maka BN masih berpeluang untuk membuat sesuatu kelak,” katanya.

Mengenai sokongan meluluskan Belanjawan 2021, kata Najib ia adalah kerana ini bukan platform yang sesuai sebab kekurangan masa sebelum tahun 2021 bermula.

“Jika bajet tak lulus hari ini maka kerajaan susah untuk berfungsi dalam tempoh dua minggu lagi.

“Saya faham ada yang kecewa kenapa BN tak tolak bajet hari ini walaupun kedua-dua tuntutan untuk mendapat sokongan kami masih belum sempurna.

“Tetapi pendirian kami ialah kini sudah tinggal dua minggu lagi sebelum tahun 2021 bermula dan perbelanjaan kerajaan akan berjalan mengikut bajet,” katanya.

Jika bajet digagalkan sekarang, kata Najib, kerajaan tidak ada masa lagi untuk perbetulkannya.

“Dalam isu pengeluaran akaun 1 KWSP, perlu ingat bahawa BN telah perjuangkan dari tidak diberi langsung sebelum bajet 2021 ke 600,000 orang diberi ke 2 juta orang diberi dan akhirnya ke 8 juta ahli yang layak sekarang.

“Kategori 1 sudah elok. Kini cuma tinggal kategori 2 untuk ditambahbaik.

“Dalam isu lanjutan moratorium pula, kita fight dari tiada moratorium ditambah sebelum bajet ke moratorium diberi cuma kepada golongan B40 dan akhirnya ke kelulusan automatik diberi tanpa dokumen kepada sesiapa dari golongan B40, M40 dan perniagaan kecil sederhana yang memohon,” katanya.

Oleh itu, kata beliau, adalah tidak benar bahawa BN beri harapan palsu kepada ramai yang meminta sebab jelas ada kemajuan dalam dua perkara ini.

Namun, katanya, masih ada kekurangan dari segi implementasi dari bank-bank yang degil.

Sumber: https://suaramerdeka.com.my/bn-akan-bertindak-jika-berasa-tertipu-najib/