Panas!!! Netizen dakwa pentadbir laman FB NGO Ebit Liew padam nombor akaun bank di paparan media sosial

Panas!!! Netizen dakwa pentadbir laman FB NGO Ebit Liew padam nombor akaun bank di paparan media sosial

Ustaz Ebit Lew menjelaskan petang tadi bahawa beliau tidak menganjurkan atau menggunakan sedikit pun duit kutipan untuk projek bantuan kemanusiaan di Gaza, yang adalah hanyalah wang peribadi beliau dan beberapa sahabat yang tidak mahu nama mereka dikenali. Jadi tidak ada sebab untuk beliau mendedahkan perbelanjaan.

Pendedahan ini sangat mengejutkan!!

Ia menunjuk Ustaz Ebit Lew dan rakannya sangat bersifat dermawan. Namun, kedermawanan Ebit Lew dan rakannya ini tidak menghilangkan keraguan saya dalam isu ini.

Kalaulah semua sumbangan Di Mesir dan Gaza atas nama Persatuan Kasih Umat Malaysia (PKUM) adalah dari sumber persendirian Ustaz Ebit Lew dan sahabat-sahabatnya, kemana perginya sumbangan orang ramai kepada akaun bank cimb (PKUM)

Sedangkan ramai yang menulis di media sosial mereka telah menyumbang untuk projek Palestin Ustaz Ebit Lew melalui akaun bank (PKUM)

Bagaimana pula dengan sumbangan dalam negeri yang Ustaz Ebit selalu tegaskan ia adalah wang simpanan beliau jadi apa yang dibuat oleh (PKUM) dengan sumbangan sorang ramai?

Kemudian, kenapa beberapa hari lepas bermula 18 Julai, PKUM telah membuang paparan nombor akaun sumbangan pada hantaran-hantaran lama di Facebook? Apa motif suntingan dengan membuang no akaun ini? (Rujuk SS)

Pihak berkuasa mesti menyiasat aktiviti (PKUM). kemana perginya sumbangan orang ramai melalui (PKUM) kalau yang keluar adalah hasil titik peluh Ustaz Ebit Lew dan sahabat-sahabatnya para dermawan.

Semoga tidaklah sedang Ustaz Ebit mengeluarkan wang simpanan berhempas pulas melakukan sumbangan atas nama (PKUM) alih-alih sumbangan orang ramai tidak sampai ke Gaza atau Palestin. Saya fikir satu kerugian kepada penyumbang.