Panas!!! Netizen persoal kenapa Hilman dan rakannya masih bebas sedangkan ahli parti STAR telah direman?

Panas!!! Netizen persoal kenapa Hilman dan rakannya masih bebas sedangkan ahli parti STAR telah direman?

Seorang ahli parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang dipercayai mencabul seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan direman empat hari untuk membantu siasatan polis.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Lovely Natasha Charles terhadap lelaki berusia 52 tahun itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Suspek sebelum itu ditahan selepas membuat sidang media berhubung dakwaan berkenaan di pejabatnya di Asia City, di sini, sekitar jam 1 petang, pada Khamis.

Terdahulu seorang peserta Unduk Ngadau di bahagian utara Sabah membuat laporan polis terhadap ahli politik berkenaan yang dakwanya membuat gangguan secara seksual terhadapnya pada 19 Mei lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali pada khamis mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-cabul-peserta-unduk-ngadau-ahli-parti-star-direman-empat-hari-301516