Panas! Netizen serang IG Ruhainies, labelkannya penyondol

Panas! Netizen serang IG Ruhainies, labelkannya penyondol

 

SELEPAS tular berita Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah di ibu negara awal pagi tadi, nama Ruhainies kini menjadi bualan netizen.

Ramai yang membuat dakwaan bahawa pelakon wanita yang dimaksudkan itu adalah Ruhainies memandangkan kedua-dua mereka kini menjadi pelakon utama sebuah drama bersiri yang kini sedang menjalani penggambaran.

Susulan itu, ruangan Instagram (IG)Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ‘diserang’ netizen, selain ada yang bertanya sama ada benar dia adalah individu yang dimaksudkan.

Malah, ramai juga mendesak agar pelakon itu membuka mulut menjelaskan perkara sebenar sekiranya dia bukan wanita yang ditangkap pihak berkuasa.

Selain itu, ada juga yang melontarkan kemarahan dan mula menuduh Ruhainies sebagai penyondol suami orang meskipun pelakon itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Tidak hanya Ruhainies, hasil semakan di Instagram milik Aliff turut menjadi tempat netizen melepaskan kemarahan dan mahukan penjelasan daripadanya.

Netizen menyifatkan pelakon dan penyanyi asal Singapura itu mash tidak serik jika benar dia individu ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Kes pasal AA malam ni jangan cakap dengan Ruhainies.

“Semangat saya pula hendak mengecam penyondol tidak sedar diri. Macam sudah tiada lelaki lain dalam dunia ini.

“Kali ini dengan heroin mana pua buat hal? Kes terbaharu sebelum puasa, ‘parking’ dulu sini,” antara komen netizen.

Terdahulu, industri hiburan tanah air kecoh selepas artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di sini, awal pagi tadi.