Panas!!! Netizen tanya Wan Saiful, bila Bersatu nak pecat Rais Yatim?
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan tegas dan memecat Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni kerana secara terang-terangan menghina Yang di-Pertuan Agong.
Wan Saiful berkata, sekiranya PKR tidak berbuat apa-apa, ia bermaksud parti itu merestui ahli mereka menghina Yang di-Pertuan Agong.
“Jika PKR diam, itu maksudnya PKR redha Institusi Raja-Raja Melayu dipermainkan. Jika PKR tidak memecat Iswardy Morni, itu tandanya PKR melalui ahli-ahli seperti Iswardy sengaja membiarkan sentimen negatif tersebar terhadap Yang di-Pertuan Agong.
“Adakah PKR mahu jadi rumah untuk mereka yang tiada rasa hormat terhadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sedang mengesan Iswardy berhubung kenyataannya menerusi video secara langsung dalam laman rasmi Youtube didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya kini membuka tiga kertas siasatan susulan meneriman laporan berhubung video tersebut.
Iswardy pada Jumaat memuat naik video secara ‘live’ berhubung Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di Youtube rasmi miliknya.
Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Yang di-Pertuan Agong seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19. – SH