Panas! Niat bergurau bertukar tragedi, dua bekas menteri bakal disiasat gara-gara muatnaik video buru & tangkap ikan kelah

Panas! Niat bergurau bertukar tragedi, dua bekas menteri bakal disiasat gara-gara muatnaik video buru & tangkap ikan kelah

Ikan kelah merah atau nama saintifiknya, Tor putitora, satu-satunya spesies liar di sungai yang paling mahal di pasaran.

Harga semasa sekilogram ikan kelah merah di pasaran hari ini mampu mencapai RM250 sekilogram.

Ini disebabkan ikan kelah merah ini memang sukar diperolehi kerana berada di hulu sungai.

Baru-baru ini tular sebuah video pendek yang dikongsikan pengguna FB melibatkan dua orang bekas menteri kabinet dilihat begitu berbangga apabila memperolehi hasil sungai yang menjadi idaman kaki pancing itu.

Bekas menteri yang dimaksudkan ialah Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri KASA dan Nik Zawawi, bekas timbalan menteri kepenggunaan. Kedua-duanya merupakan pemimpin tertinggi parti Pas.

.
Melalui perkongsian tersebut, Tuan Ibrahim dilihat secara bergurau bertanyakan Nik Zawawi spesis ikan yang berjaya ditangkap mereka.

Nik Zawawi lantas membalas kembali gurauan sahabat baiknya itu dengan memperkenalkan spesis ikan yang berjaya ditangkap antaranya ikan kelah merah yang dianggap salah satu daripada spesis ikan kayangan.

Menyambung gurauannya, Nik Zawawi turut menghina ikan kembung, yang dianggap beliau sebagai ikan ‘low class’ atau ikan cap ayam.

Gurauan kedua-dua pemimpin Pas itu mendapat reaksi senada daripada pengguna media sosial apabila rata-rata yang memberi komen meluahkan rasa marah terhadap gurauan melampau mereka berdua, lebih-lebih lagi penghinaan yang dilemparkan terhadap ikan kembung.

Malah mereka turut mempersoalkan sensiviti kedua-dua pemimpin itu selepas menjalani kehidupan mewah sebagai menteri apabila sewenang-wenang bergurau dengan makanan mampu milik rakyat kebanyakkan itu.

Dalam perkembangan lain, kedua-dua bekas menteri itu dilapor bakal disiasat dan dikenakan hukuman sekiranya didapati bersalah memburu dan memiliki ikan kelah.

Menurut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), spesies ikan kelah dikategorikan sebagai haiwan terancam di negara ini dan ia antara spesies yang dilindungi.

Tuan Ibrahim yang sebelum ini memimpin Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, sepatutnya lebih arif terhadap aktiviti yang menyalahi undang-undang negara, bukan sebaliknya.

Memetik sumber ahli Pas sendiri, Tuan Ibrahim sedari dahulu dikenali sebagai seorang yang obses memburu kelah. Antara ‘port’ yang sering dikunjungi bagi memenuhi tuntutan nafsunya itu ialah di sekitar perhutanan Gerik, Perak.