Panas!!! Noh tampil nafi kenyataan Mizz Nina, peminat tanya mana satu yg betul?
Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengesahkan bahawa dia bersama bekas isteri, Mizz Nina sudah bercerai selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Perkhabaran duka itu disahkan oleh pasangan tersebut menerusi perkongsian di Instagram semalam selepas wujud desas desus keretakan rumah tangga mereka berdua sekitar bulan lalu
Baru-Baru ini, viral di media sosial sebuah rakaman video yang pernah dilakukan oleh Noh Salleh ketika ditemu bual oleh Zayan My mengenai kisah inspirasi yang mengubah hidupnya bersama Mizz Nina.
Percaya Nina 100 peratus
Menerusi rakaman berdurasi 9:19 saat itu, Noh menceritakan bahawa dia percaya terhadap Mizz Nina 100 peratus kerana apa yang dilakukan oleh bekas isterinya itu adalah sempurna dan tidak perlu risau.
Aku nak kahwin dengan dia pun aku dah 100 peratus percaya yang dia akan buat sesuatu yang elok, daripada kau kahwin dengan orang yang macam ‘eh ni nak kena guide lagi’. Aku rasa Nina tu dah settle dah.
Ujarnya lagi, selama ini ramai pihak yang berpendapat bahawa pelantun lagu Angin Kencang ini yang mengubah hidup Mizz Nina. Walau bagaimanapun, Noh menafikan kenyataan itu dengan mengatakan selama ini bekas isterinya yang berjaya mengubah dirinya.
Dia yang guide aku, selama ini orang percaya yang Noh berjaya mengubah Mizz Nina. Tak ada sebenarnya Nina yang ubah Aku. Kalau dia tak ada aku lagi teruk aku rasa.
Macam Nina tu, kalau tanya tanggungjawab aku, aku support je sebab apa yang dia buat tu perfect. Apa yang dia buat tu, dia study. Sekarang dia gila belajar online tu so habis kelas je, contoh dia punya tugasan lepas belajar kena belajar surah surah An-Nisa.
Habis seminggu dua tugasan dia untuk bagitahu tiga orang dan terangkan kepada mereka. Jadi pagi-pagi dia panggil aku ‘sayang awak tahu pasal surah ni?’ Aku pun dapat ilmu. Nina memang lain daripada yang lain tanpa dipaksa, itu memang keinginan dia sendiri. Rare weh hidayah dia tu.
‘Tuhan campak dia untuk jaga aku’
Bercerita mengenai sejak bila Mizz Nina menunjukkan minat untuk mendalami agama, pemilik nama penuh Mohammad Noh bin Salleh mengatakan bahawa sejak awal perkenalan mereka Mizz Nina sudah menunjukkan minat. Malah, penyanyi berusia 37 tahun ini meluahkan rasa bersyukur dengan hijrah bekas isterinya itu.
Sejak mula-mula kami kenal dia dah tunjukkan. Dia antara orang yang aku kenal bila aku tegur bab agama tu dia tak melawan.
Dia macam dah tunjuk minat untuk solat dan tunjuk minat kalau nak umrah padahal dia setiap tahun pergi sebelum dia kenal aku.
Cuma pengisian pemahaman betul-betul pulang yang berisi dia baru tunjukkan so aku macam bersyukur lah.
Aku buat persembahan pun ada dia perhatikan ‘eh gambar ni jangan rapat sangat bukan mahram’.
Benda-benda macam tu kan orang pandang remeh tapi Nina particular. Itu aku rasa dari Syurga Tuhan campak dia untuk jaga aku.