Panas!!! Orang kepercayaan Razman dituduh seleweng wang parti, Pas Perak buat laporan polis

Panas!!! Orang kepercayaan Razman dituduh seleweng wang parti, Pas Perak buat laporan polis

PAS Perak membuat laporan polis bagi meminta seorang peguam mengembalikan wang RM238,625 yang diberi atas urusan pembelian sebidang tanah di Sri Iskandar pada 2016.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata urusan pembelian tanah seluas 4.04 hektar itu diamanahkan kepada seorang peguam dilantik, namun sehingga kini ia masih tidak selesai.

Beliau berkata, selepas transaksi dilakukan kepada syarikatnya, peguam terbabit sering memberi alasan kononnya tanah itu tidak boleh ditukar status pemilikan.

“Kita dapati peguam itu tidak menguruskan pembelian tanah dengan baik dan pelbagai alasan diberikannya apabila kita bertanyakan hal itu.

“Berulang kali kita menghantar surat membuat tuntutan supaya peguam terbabit mengembalikan semula wang itu, namun sehingga kini belum ada maklum balas mengenainya.

“Kita hanya mahu wang dikembalikan dan kita sendiri akan menguruskan soal pembelian tanah itu sehingga selesai menjadi hak milik PAS Perak,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, di sini, hari ini.

Razman berkata, pihaknya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera, namun jika wang tidak dikembalikan, tindakan undang -undang akan diambil terhadap peguam terbabit.

Beliau berkata, berdasarkan perancangan, selepas selesai urusan status milik tanah dilakukan, pihaknya bakal membina kompleks Tarbiah PAS Perak di atas tanah seluas 4.04 hektar itu.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/06/826219/isu-pembelian-tanah-pas-perak-lapor-polis