Panas!!! Pakar kesihatan bengang sikap degil Zuraida teruskan aktiviti sanitasi awam
Mencuci tangan atau menggunakan gel sanitasi tangan dan proses sanitasi bangunan adalah dua perkara berbeza, kata pakar kesihatan.
Mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin mengenai sanitasi sebelum ini sambil menyifatkannya bahawa ia boleh memberi fahaman salah kepada orang ramai.
Dr Zainal Ariffin Omar berkata mencuci tangan secara kerap boleh mencegah penularan Covid-19 kerana ia memberi fokus terhadap anggota badan yang kemungkinan tertumpu untuk membawa virus.
Zainal yang juga Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, berkata ia juga adalah langkah yang “berkesan, murah” serta boleh dilakukan secara kerap.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
“Manakala sanitasi awam pula tidak mempunyai bukti keberkesanannya, dilakukan secara mengejut dan tidak kerap, mungkin sekali atau dua kali di kawasan luas,” katanya.
“Proses ini tidak berkesan. Pada masa sama, ia membabitkan kos yang tinggi dan penggunaan wang rakyat.”
Tee Eng Ong, Presiden Persatuan Kesihatan Persekitaran berkata, tangan seseorang boleh disanitasi setiap kali terdedah kepada virus tetapi bangunan dan persekitaran dalamannya boleh dicemari semula kerana ia sentiasa terdedah.
“Pencemaran semula oleh virus ini mungkin berpunca daripada individu sudah dijangkiti yang berjalan dalam bangunan atau disebabkan pengudaraan yang kurang baik,” katanya.
Dia berkata pandangan yang dilontarkan oleh Zuraida itu boleh memberi maklumat salah terhadap keselamatan sekali gus menyebabkan orang ramai kurang berhati-hati.
Ong memberi amaran bahawa beberapa masalah lain seperti air dan pencemaran udara boleh berlaku sekitarnya prosedur sesuai tidak dilakukan.
“Sanitasi atau nyahkuman mesti berdasarkan garis panduan ditetapkan.
“Sebenarnya tidak ada garis panduan standard dalam proses sanitasi tempat awam yang dicadangkan atau diterbitkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.”
Baru-baru ini, dalam temu ramah bersama media Zuraida mempertahankan proses sanitasi tempat awam dilaksanakan yang mendapat kritikan orang ramai.
Beliau berkata “Kita melakukan sanitasi pada tangan. Mengapa tidak sanitasi bangunan?”
Pakar kesihatan mempertikaikan langkah itu yang dilihat bertentangan dengan garis panduan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Sumber – FMT