Panas!!! Pas Selangor anggap tuduhan Pas derhaka terhadap Agong mengelirukan

Panas!!! Pas Selangor anggap tuduhan Pas derhaka terhadap Agong mengelirukan

PAS TIDAK PERNAH DERHAKA PADA ISTANA

Roslan SMS

Rakyat Malaysia tertunggu-tunggu dengan penuh debar sidang Parlimen jam 3.30 petang ini. Para penganalisa menjangkakan akan berlaku krisis Perlembagaan.

Isunya apakah akan jadi seterusnya setelah Agong bertitah dukacita dengan tindakan Menteri Undang-undang dari PAS.

Apakah nasib kerajaan ini? Pihak PH sudah pasti riuh-rendah kononnya inilah peluang bagi mereka kembali berkuasa inilah peluang Anwar Ibrahim naik jadi PM.

Kerajaan telah durhaka pada Agong.

Sesungguhnya satu-satu parti dalam negara yang cukup taat setia dan tidak pernah berkonflik dengan Raja-raja Melayu adalah PAS. Dikala ada usaha untuk mengekang dan menyerang pihak Istana beberapa dekad lalu, PAS lah yang bangkit mempertahankan Institusi Beraja.

Bagi PAS kedaulatan Islam terpelihara apabila Raja-raja Melayu diperkasakan kerana pihak Istana adalah payung dan pemelihara agama. Kerana itu PAS tidak pernah berseteru dengan Istana.

Apa yang berlaku adalah dukacita Yang Dipertuan Agong terhadap tindakan Menteri Kabinet yang datangnya dari PAS.

Jika ada tindakan yang mendukacitanya Agong maka perlulah ia dirawat dan diperbetulkan agar selaras perjalanan kedua Institusi dalam kerajaan iaitu Istana dan Kabinet.

Dalam apa keadaan sekalipun tidak berbangkit istilah durhaka sebagaiamana pernah murkanya Raja-raja Melayu terhadap pihak lain sebelum ini.

Parti-parti lain pernah berbalah dengan Raja-raja Melayu secara terbuka tetapi tidak PAS.

Ada yang sehingga Sultan cap sebagai biadap, ada yang enggan akur kod etika pakaian rasmi hingga mengundang murka Tuanku, ada yang menyokong pihak yang menghina Raja-raja Melayu, ada yang menjulang perjuangan Parti Kominis hingga dibidas Tuanku, ada yang mencabar arahan Tuanku, ada yang sehingga dipenjarakan kerana menghasut dan menghina Sultan, ada yang menggunakan istilah Revolusi Perancis yang anti monarki bila menyinggung Raja Permaisuri, semuanya bukan PAS.

Janganlah hari ini memandai membakar api kebencian dan mengadu-domba semata-mata kerana gila dan kemarukkan kuasa.

PAS sepanjang sejarahnya taat setia pada Raja dan akan terus mempertahankan institusi ini dalam keadaan senang mahupun susah. Jangan sesiapa mencalarkan hubungan baik PAS dan istana.