Panas!! Pemuda AMK tempelak Dr Mahathir

Panas!! Pemuda AMK tempelak Dr Mahathir

Pemuda PKR (AMK) menyifatkan serangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ke atas presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai usaha untuk  menyokong “secara senyap” Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Menyentuh kenyataan Mahathir yang mengimbas semula gerakan politik yang menyaksikan kejatuhan Pakatan Harapan (PH), Naib Ketua AMK Thiban Subbramaniam mendakwa ramai orang percaya Mahathirlah “dalang” di sebalik Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan PH dan kegagalan Anwar menjadi perdana menteri.

“Coretan Tun (Mahathir) yang menyerang Anwar adalah satu cubaan untuk melagakan, memecahbelahkan PH dan menyokong Muhyiddin-Azmin kekal berkuasa secara senyap.

“Kita semua tahu bahawa Mahathir tidak pernah ikhlas semasa PH menjadi kerajaan. Beliau yang menyusun segala langkah untuk Muhyiddin (Yassin), Azmin (Ali) dan Hamzah (Zainuddin) menyusun Langkah Sheraton.

“Baling batu dan sembunyikan tangan, ini politik Mahathir sekarang bagi memastikan Najib (Razak) dan Anwar sekaligus hilang daripada politik negara […]” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, dalam coretan di blognya, Mahathir mempertahankan keputusannya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Katanya, selepas Muhyiddin membawa Bersatu keluar daripada PH dan bekerjasama dengan Umno dan PAS sebagai Perikatan Nasinal (PN), PH masih berpeluang untuk kembali berkuasa ketika Yang di-Pertuan Agong bertemu ahli parlimen untuk menentukan majoriti, sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Kata Mahathir, pada ketika itu, dia sudah mempunyai sokongan 66 ahli parlimen, namun Anwar memujuk ahli 92 parlimen PH untuk menyokong dirinya sendiri, menyebabkan jumlah 158 sokongan yang sepatutnya dimilikinya, tidak kesampaian.

“Saya kalah dan Anwar juga gagal,” kata Mahathir.

Menyentuh soal majoriti yang dibangkitkan Mahthir, memandangkan Anwar memiliki 92 sokongan berbanding 66 yang dimiliki Mahathir, Thiban memberi bayangan bahawa seharusnya bekas pengerusi Bersatu itu yang mengalah, bukannya Anwar.

“Siapa yang harus mengalah dalam situasi sebegini? Jika Tun tidak dapat menyokong Anwar pada masa itu bagaimana dia boleh dapatkan sokongan untuk Anwar selepas enam bulan beliau jadi perdana menteri?

“Ingat rakyat bodoh ke?”

Thiban turut menuduh Mahathir mempunyai agenda jahat menerusi rakaman audio yang bocor beberapa bulan lalu semasa mesyuarat PH dan Bersatu – yang pernah dijawab Mahathir sebagai hasil suntingan dan berniat jahat.

Thiban juga menyifatkan serangan terbuka Mahathir terhadap Anwar menunjukkan presiden PKR itu berjaya meraih sokongan.

“… Perubahan bakal berlaku dalam masa terdekat. Ini masanya untuk PH dan yang lain berdiri teguh bersama Anwar,” katanya lagi.

Sumber: Malaysiakini