Panas!!! Pemuda didenda RM2000, warganet terkejut hukuman ziarah kubur lebih berat daripada ziarah ‘showroom’ Ford

Panas!!! Pemuda didenda RM2000, warganet terkejut hukuman ziarah kubur lebih berat daripada ziarah ‘showroom’ Ford

Tindakan seorang lelaki menziarahi kubur sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pagi semalam mengundang padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan oleh pasukan khas pematuhan SOP fasa satu perintah kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) jam 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13.

Menurutnya, pihak polis mendapati lelaki berkenaan datang bersama dua lagi anak saudaranya iaitu perempuan berusia tiga tahun dan lelaki berusia lima tahun ke tanah perkuburan tersebut bagi tujuan ziarah.

“Berikutan menziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan, lelaki itu dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.-

Sumber – K! ONLINE