Panas!!! Pemuda ini dedah 5 kesilapan yang patut dielakkan Ismail Sabri

Panas!!! Pemuda ini dedah 5 kesilapan yang patut dielakkan Ismail Sabri

“Dah tu takkan nak lantik kluster mahkamah jadi menteri”

Ini soalan tak cerdik tuan-tuan.

Pertama, bentuklah kabinet profesional. Bukan kabinet untuk puaskan nafsu sekutu. Sekarang ada 7 kekosongan Senator di Dewan Negara. Akhir bulan ini ada 12 lagi Senator akan habis penggal. 19 perjawatan kabinet boleh dipenuhi oleh golongan profesional. Kenapa tak buat?

Kedua, Saifuddin Abdullah tu ada masalah besar. Masa mula2 dilantik jadi Menteri Luar zaman PH dia guna twitter untuk tulis pasal 2 negara yang dia tak suka. Kemudian akhir 2019 dia persoal tentang kedudukan Arab Saudi sebagai pusat dunia Islam selepas KL Summit 2019 tak dapat sambutan negara-negara Arab

Sebab itu antara task yang paling susah DS Hishamuddin buat adalah memperbaiki semula hubungan bilateral antara Malaysia dan Saudi.

Kemudian hari ini, PM lantik dia balik jadi Menteri Luar. Apa benda ni?

Ketiga, Willie Mongin yang jadi Timbalan Menteri Perladangan itu adalah satu-satunya ahli parlimen PN yang tandatangan memorandum mendesak kerajaan jangan rayu isu kalimah Allah. Kerajaan terpaksa rayu sebab Mahkamah Tinggi pada awal tahun ini membuat keputusan bahawa larangan penggunaan kalimah itu kepada bukan Islam adalah bercanggah dengan Perlembagaan.

Macammana orang macam ni awak semua tergamak nak sokong untuk jadi pemimpin negara?

Keempat, Shahidan Kassim yang jadi Menteri Wilayah tu kan ada kes cabul tahun lepas. Dia dilepas tapi tak dibebas (Discharge but not amounting to an acquittal).

Dengan kata lain, bila2 masa saja kes ini boleh dibuka semula oleh Pendakwaraya sebab mahkamah tak pernah kata Shahidan ni tak bersalah.

Dah tu bukan ke dia pun kluster mahkamah? Macammana boleh jadi menteri?

Kelima, Azmin ini sefaham saya akan jadi Menteri Kanan paling kanan. Makanya dia akan jadi Ketua Whip kerajaan di Parlimen

Ketua Whip ini akan berfungsi untuk menyelaras strategi kerajaan di parlimen baik daripada frontbenchers (menteri/ timbalan) dan juga backbenchers (ahli parlimen biasa kerajaan).

Jadi peranan Ketua Whip ini sangat penting kalau betul-betul kita nak mentaati titah Tuanku yang mahukan politik damai antara semua pihak. Tapi macammana nak jadi politik damai sedangkan Azmin ni adalah orang politik yang paling dibenci PH?. Tak kira lagi UMNO pun meluat sama atas prestasi dia sebagai menteri

You miss a huge chance la Mail.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu