Panas!!! Pendedahan terbaru dedah aset Tabung Haji masih dijual di zaman Idris Ahmad jadi menteri

Panas!!! Pendedahan terbaru dedah aset Tabung Haji masih dijual di zaman Idris Ahmad jadi menteri

TH PLANTATION – REVISIT AGAIN

Masuk ni dah 3x aku tulis pasal THP ni. Kalau selalu follow, mesti ramai dah tahu macamana nak baca akaun 😁

OK, tengok pada akaun Quarter 3, tahun lepas dah classified RM777m sebagai penjualan aset.

Kemudian, Timbalan Menteri JPM cakap takkan ada lagi asset2 THP untuk dijual. Dia claim dia telah menyelamatkan syarikat ini dengan mengarahkan cadangan jualan aset ini dibatalkan..

Oleh itu, sepatutnya masuk tahun 2022, nilai Assets Classified As Held For Sale mesti ZERO.

Tengok akaun Quarter 3 2022, Assets Classified As Held For Sale jadi RM749m. Masih ada balance (kurang 28m).

SEPATUTNYA, kalau dah tak jadi jual, reclassified kan balik ke ASSETS (Non-Current Assets kat atas tu), so nilai dia akan jadi KOSONG lah.

Dah kena lah nilai KOSONG kalau dah NIAT tak jadi jual asset.

Awat Akauntan THP tak reclassified benda ni? Dah masuk Quarter 3 ni…. tak lama lagi Quarter 4 dah.

Yang mana satu betul ni? Claim Timbalan Menteri tu yang betul atau atau pun THP tidak mengklasifikasikan asetnya dengan betul?

CFO THP mana? takkan tak cek akaun yang akauntan dia buat? 😄

Ehh lupa, CFO THP resign hari ni.

Aku nak apply lah. Tapi, nanti takde masa pulak nak main guitar. Haishhh…

Sumber – Arzim Naim