Panas!!! Pengerusi MPN didesak letak jawatan, PKR Sabah kembali bergolak
Pada 19 Disember lalu seramai 16 daripada 26 Ketua Cabang bersama Ketua AMK Sabah, Ketua Wanita Keadilan Sabah dan Ketua Srikandi Keadilan Sabah hadir dalam satu perjumpaan tertutup.
Dalam sidang media yang diadakan selepas perjumpaan tersebut, kumpulan berkenaan mendesak Pengerusi Keadilan Sabah, Christina Liew melepaskan jawatan Pengerusi Keadilan Sabah setelah hilang sokongan 2/3 Ketua-ketua Cabang serta Ketua-ketua sayap.
Mereka mendesak Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk segera menyelesaikan kemelut ini yang berlanjutan selama 4 tahun. Kumpulan ini juga tidak ingin Christina Liew diberi ruang lagi setelah beliau diberi peluang beberapa kali atas permintaan Presiden parti.
Turut hadir beberapa Ahli MPN lantikan yang turut mendesak Christina digugurkan. Menurut mereka, mereka faham Christina boleh memecat mereka dari jawatan lantikan namun mereka lebih pentingkan survival Keadilan Sabah yang semakin lemah dibawah Christina.