Panas!!! Pentaksub Najib dakwa bayaran pampasan penduduk Kg Baru cukup tinggi

Panas!!! Pentaksub Najib dakwa bayaran pampasan penduduk Kg Baru cukup tinggi

Isu tanah Kampung Baru ini saya tidak suka guna untuk serang balik kebodohan orang- orang PH. Sampai tak tahu beza antara pampasan strata rumah flat (RM400 psf) dan pampasan tanah kampung (RM1000 psf)

Saya dah tulis lama bahawa isu sebenarnya adalah kewujudan Melayu di kawasan bandar yang perlu dipertahankan. Tak kisahlah jika kerajaan hari ini mampu bayar 100 kali ganda lebih tinggi daripada zaman kerajaan PH sekalipun, ia masih tidak sama dengan nilai strategik keseimbangan bangsa.

Sebab itu dahulu saya menulis tentang kaedah-kaedah yang sepatutnya dibuat bagi memastikan Melayu Bandar ini terus wujud. Bukannya menulis menuntut pampasan yang lebih tinggi untuk semua pemilik tanah di sana.

Cara pertama bagi mempertahankan kewujudan Melayu adalah dengan memberi hak memilih cara pembangunan itu kepada mereka semula. Kemudian dinaik taraf segala kemudahan dan infrastruktur supaya kawasan Melayu Bandar ini bersih daripada stigma setinggan selain menaikkan harga tanah mereka.

Inilah yang dibuat pada zaman DS Najib dahulu.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2698314010218605&id=100001200986490

Fasa kedua adalah dengan memastikan kerajaan bertindak sebagai peneraju / fasilitator. Peringkat awal, kerajaan boleh membina apartment di Kampung Baru sepertimana Kerinchi Residence dan ia akan dijual secara sewa beli kepada semua penduduk di sana.

Sebuah syarikat SPV (special purpose vehicle) yang dimiliki sepenuhnya oleh pemilik tanah Kampung Baru akan ditubuhkan dan syarikat inilah yang akan menjadi pemaju kepada keseluruhan tanah di situ. Kos pembangunan akan dibiayai bank melalui jaminan kerajaan.

Dengan cara ini:

1. Pemilik tanah Kampung Baru akan terus mendapat pulangan tahunan hasil dividen syarikat

2. Kampung Baru kekal milik Melayu

3. Komposisi kaum kekal seimbang di kawasan bandar

4. Stigma negatif yang dikaitkan dengan Melayu Bandar akan hilang

Saya menulis kaedah ini secara panjang lebar pada zaman Khalid Samad masih menjadi Menteri Wilayah lagi.

https://m.facebook.com/100001200986490/posts/2768984736484865/

Sebab itu walaupun pampasan RM400 psf bagi flat PKNS di Kg Sungai Baru mungkin lebih tinggi daripada harga pasaran, ia masih bukan cara yang betul. Cara yang betul adalah dengan kesemua +-20 keluarga ini diberikan unit kediaman yang akan dibina di kawasan tersebut supaya komposisi Melayu kekal

Kerana matlamat akhirnya adalah memastikan nilai strategik Melayu Bandar tidak hilang.

Inilah yang hampir semua penyokong politik tidak nampak. Penyokong BN mempertahankan pampasan RM300k satu unit atas alasan ia nilai yang tinggi untuk sebuah flat kos rendah.

Penyokong PH dan PN pula bangang apabila tak boleh membezakan antara nilai pampasan strata dan nilai harga tanah.

Sedangkan apapun jumlah pampasannya, tidak akan sama dengan kedudukan bangsa. Nilai inilah yang sebenarnya akan menentukan pengaruh politik, sistem pentadbiran, struktur ekonomi dan sosial di kawasan bandar. Dan apa juga dasar dan nilai yang wujud di bandar akan menentukan perubahan yang berlaku di kawasan kampung pula.

Soalannya, berapakah harga sekaki persegi yang kita sanggup terima untuk kehilangan nilai strategik bangsa?

—-

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu