Panas!!! Persaingan kembali sengit, GPS umum berkecuali

Panas!!! Persaingan kembali sengit, GPS umum berkecuali

Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan pemilihan Perdana Menteri ke-9.

Kata Pengerusinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kuasa itu diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya serah kepada kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” jawabnya ringkas.
Beliau berkata demikian semasa sidang media Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat LAKU, Miri pada Rabu.

Terdahulu pada Isnin Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Tindakan itu diambil Muhyiddin selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional.

Semalam, Agong menerima menghadap ketua parti politik bagi membincangkan serta menerima sembah maklum calon Perdana Menteri.

Sumber – AstroAWANI