Panas!!! Proff. Agus seru pembangkang bersatu, bina Malaysia lebih maju dan sejahtera
JIKA KERAJAAN PN JATUH, SIAPA CALON PM?
1. Sekarang ini kita ada tiga blok di parlimen—blok PN, PH dan Bebas. Masing-masing tidak ada majoriti mudah. Dalam sistem elektoral kita, setiap parti memerlukan majoriti mudah untuk menang, tetapi data menunjukkan kerajaan PN hanya ada minoriti terbanyak bukan majoriti terbanyak.
2. Jika PN sudah ada minoriti terbanyak sedangkan blok pembangkang tidak ada majoriti mudah, kenapa perlu ditukarkan kerajaan minoriti terbanyak ini? Dalam sistem Westminster dan perlembagaan kita, tidak ada istilah kerajaan minoriti.
3. Minoriti tetap minoriti. Dengan kerajaan minoriti, satu usul pun tidak boleh dibentangkan menjadikan kerajaan tidak berfungsi. Jika ini berlaku, sistem kerajaan runtuh dan ini tidak membawa kestabilan kepada politik negara.
4. Mengapa blok pembangkang dikatakan majoriti terbanyak tetapi tidak mempunyai majoriti mudah?
5. Majoriti terbanyak apabila dicampurkan bilangan MP dari PH dan Bebas, tetapi tidak ada satu parti pun yang mempunyai majoriti mudah untuk menamakan calon PM masing-masing. Ini kerana blok pembangkang tidak sepakat dengan siapa calon PM untuk menggantikan PM sekarang.
6. Begitupun, saya fikir untuk menyelesaikan krisis sekarang, rakyat perlu mendapat kerajaan yang lebih baik. Sekarang ini keadaan kita teruk: rumah ibadat tutup, perniagaan banyak gulung tikar, hotel tutup, universiti dan sekolah tutup, pejabat kerajaan separuh berfungsi, restoran tiada dine in, penganggur bertambah, dan hutang bercambah di setiap peringkat kehidupan.
7. Bukan hanya itu, rentas negeri dan daerah disekat, tetapi kes positif Covid meningkat sehingga 20000 sehari. Semua ini menyebabkan rakyat terkurung dan dihantui ketakutan. Malah ada yang depresi.
8. Pertanyaannya, jika PN tumbang, siapa calon PM? Jika PN sudah ada TSMY, siapa pula calon PM dari gabungan blok PH dan Bebas?
9. Pesan saya pada MP dari blok pembangkang, berhenti dahulu bercakaran sesama sendiri tentang siapa PM. Ingat! Frontliners berjuang menyelamatkan rakyat dan rakyat pula ramai yang bertarung nyawa untuk hidup. Bertolak ansurlah, fikir rakyat dan negara.
10. Jika UMNO masih lagi dengan No Anwar, No DAP dan DAP dan Pejuang pula masih lagi dengan No Kleptocrat, berhentilah berpolitik dengan isu percaya terhadap PM. Tunggu sahaja PRU-15. Ini lebih baik dari memberi harapan palsu kepada rakyat yang mahukan perubahan.
11. Rakyat susah sekarang. Mari kita saling membantu mereka dan membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.
12. “We are not all in the same boat. We are all in the same storm. Some are on super-yachts. Some have just the one oar”—Damian Barr.