Panas!!! Puad dakwa akhlak Dap lebih baik daripada akhlak Pas

Panas!!! Puad dakwa akhlak Dap lebih baik daripada akhlak Pas

Siri serangan demi serangan yang dilakukan MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) meimbulkan rasa tidak puas hati eamai pihak.

Meskipun TMJ telah pun menghulurkan salam perdamaian dengan menghadiahkan jambangan bunga dan set hidangan McD, ianya tidak sedikitpun membuatkan Sanusi menjadi tenang.

Malah kekalahan pasukan JDT FC dipentas akhir Piala Malaysia kepada pasukan KLFC baru-baru ini juga telah diambil peluang oleh Sanusi untuk membahan TMJ.

Sanusi sehinggakan sanggup menggunakan pentas program rasmi kerajaan negeri membaca serangkap pantun bagi tujuan menyindir TMJ

Berang dengan sikap kebudak-budakkannya, ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi hari ini mengkritik tingkah laku Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang disifatkan sebagai menteri besar yang paling “loklak.”

Berdasarkan loghat Utara, “loklak” bermaksud tidak beradab.

“Baik lagi KM (ketua menteri) Pulau Pinang dari MB Kedah. Ramai kata, dulu, kini dan selamanya MB paling ‘loklak’ ialah MB Kedah sekarang.

“Bahasanya, sikapnya dan tingkah lakunya semua loklak. Tak padan dengan nama partinya PAS. Kaki gaduh,” tulis Puad di Facebooknya seperti dilaporkan portal Malaysiakini.

Bagaimanapun, dalam tulisan ringkas itu, Puad tidak menyatakan secara khusus berhubung isu sebenar yang dimaksudkannya.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Puad untuk mendapatkan penjelasan mengenai hantarannya itu.

Meskipun begitu, rata-rata daripada warganet meninggalkan komen yang mengaitkan “perang” media sosial antara Sanusi dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sebelum ini saling berbalas kenyataan berhubung bola sepak.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Sebelum isu, Sanusi juga menimbulkan beberapa kontroversi kerana pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan kegiatan judi nombor ekor dengan Pulau Pinang.

Kenyataan itu bagaimanapun ditegur oleh Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor. Dia memohon maaf dan menjelaskan ia bukan bermaksud untuk menghina Pulau Pinang.

Awal tahun ini pula, terdapat perbalahan antara Sanusi dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow apabila Sanusi dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah jika masalah itu tidak selesai.