Panas!!! Puad Zarkashi selar kenyataan Mursyidul Am Pas

Panas!!! Puad Zarkashi selar kenyataan Mursyidul Am Pas

Seorang pemimpin Ummo membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang berkata penarikan sokongan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) beri kesan terhadap hubungan dalam Muafakat Nasional (MN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata, berkata jika PAS serius, parti Islam itu tidak patut membelakangkan Umno apabila menyertai PN secara formal.

“Kenyataan Hashim Jasin bahawa keputusan Ummo dianggap menghancurkan usaha penyatuan ummah tidak mengejutkan.

“Tepuk dada tanya selera. Tidak perlu salahkan Umno,” katanya kepada FMT.

Sumber – FMT