Panas!!! Rakyat selar keputusan kerajaan benarkan konsert Billie Eilish di malam Jumaat yang mulia

Panas!!! Rakyat selar keputusan kerajaan benarkan konsert Billie Eilish di malam Jumaat yang mulia

Semalam negara kita digegarkan dengan sebuah konsert artis antarabangsa, Billie Eilish bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Media melaporkan peminat-peminatnya beratur seawal 5 pagi bagi mendapatkan tiket konsert penyanyi kelahiran negara Uncle Sam itu.

Namun timbul pula isu lain yang menjadi tumpuan perbincangan pengguna media sosial yang prihatin dengan isu ini. Mwnurut mereka, di kala masjid dan surau dipenuhi dengan pelbagai program keagamaan memuliakan malam Jumaat, penghulu segala hari ini, bagaimana kerajaan yang mendakwa merampas mandat rakyat dengan alasan Islam semakin terancam di bawah kerajaan sebelumnya begitu berani meluluskan konsert tersebut.

Malah lebih mengejutkan, Pas yang merupakan salah satu daripada parti komponen yang membentuk kerajaan khianat ini juga senyap sunyi, seolah-olah semakin lunak dengan permintaan pencandu-pencandu hiburan ini.

Jika semasa menjadi pembangkang dahulu, apa juga tindakan kerajaan meluluskan penganjuran konsert hiburan pastinya berakhir dengan siri bantahan demo daripada parti tersebut, namun sikap itu berubah 360° selepas menjadi kerajaan.

Kenyataan garang Menteri Agama yang tidak menang pilihanraya dan dilantik sebagai Senator, Idris Ahmad bahawa Pas tetap membantah apa juga keputusan kerajaan yang bersalahan dengan prinsip perjuangan parti mereka nampaknya juga seolah-olah dilalukan di celah-celah kangkang pembuat keputusan tersebut.

Apa yang lebih dikesalkan, ketika rakyat cuba bergantung harap dengan kepimpinan Pas ini dalam memperjuangkan kesucian agama Islam, tiba-tiba pemimpin parti tersebut pula bertindak sebaliknya, seolah-olah semakin khayal dengan nikmat kuasa.

Ini terbukti dengan status YDP YADIM, Nasruddin Tantawi di halaman media sosial miliknya baru-baru ini yang berbangga berkongsikan sifat istiqamahnya menyokong pasukan bolasepak kegemarannya meskipun sedang berdepan kekalahan demi kekalahan.

Inilah sosok yang begitu sibuk meeancang ‘roadshow’ RUU 355 ketika cuba menganggu gugat kerajaan PH dipuncak kuasa ketika itu. Nah, ketika sudah berkuasa bukan sekaswr RUU 355 sudah tertambus di dalam jirat tidak bernesan, malah dia sendiri dilihat tidak lagi berminat membangkitkan perbincangan-perbincangan yang menjurus ke arah isu tersebut.

Maka akhirnya rakyat semakin sedsr dan jelas segala pekik lolong pemimpin itu selama ini selama ini hanyalah bersifat retorik parti dalam usaha membangkitkan emosi rakyat bagi mendapatkan seberapa banyak undi ketika berdepan pilihanraya. Tiadalah jauh mana pun beza antara Pas dan UMNO dalam perkara ini.