Panas!!! Hadir rasmi mesyuarat pemuda, Tuan Ibrahim dibidas ponteng sidang PBB

Perubahan cuaca bukan masalah Malaysia?
Ketika ramai pemimpin-pemimpin dunia berkumpul di Glasgow, Scotland, untuk menghadiri COP26, di Malaysia kita masih keliru dengan pelbagai perkara.
Malah kementerian yang terlibat macam mengambil perkara ini sebagai biasa-biasa sahaja. Mungkin kepimpinannya lebih cenderung untuk sibuk dengan perkara lain.
Saya dimaklumkan di Eropah misalnya, isu perubahan iklim dikira lebih besar dan meruncing berbanding dengan Covid-19 kerana isu ini akan kekal dan menjadi lebih kritikal berbanding dengan Covid-19 yang dijangka akan berlalu bila vaksin dan antidot menjadi lebih tersebar.
Kita lebih gemar menyerlahkan keasyikan kita untuk sibuk dengan perkara-perkara titik bengik dan membiarkan perkara yang betul-betul serius begitu sahaja. Ingatkan oleh kerana perubahan cuaca mengancam harta benda dan nyawa, dua dari Maqasid Shariah, orang-orang agama akan ke hadapan di dalam isu ini.