Panas!!! Rina Harun ditempelak bos Sinar Harian
Bos Sinar Harian yang mencetuskan gempar baru-baru ini apabila menyindir pegawai kepada pemimpin negara yang cuba mengugut untuk menarik balik langganan iklan di akhbar tersebut sekiranya masih memberikan ruang kepada pihak yang tidak disukainya hari ini sekali lagi berbuat demikian.
Dalam ciapan terbaharu, beliau mempersoalkan sikap tokoh dan pemimpin negara ketika ini yang cuba meminggirkan penggunaan bahasa kebangsaan, malah berbangga pula menggunakan bahasa inggeris meskipun terkial-kial dan salag sebutanya.
Beliau dipercayai menujukan ciapan tersebut kepada Rina Harun, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat dimana kisahnya tular baru-baru ini setelah ditegur Adibah Nor kerana menyebut perkataan bahasa Inggeris dengan nada sebutan yang salah.
Kenapa ya?Kita dah merdeka 60+ tahun,tapi Bahasa Malaysia belum berada di tempat sewajarnya? Setakat bahasa resmi saja! Tapi bukan bahasa yang ada nilai ekonomi.Tokoh/pemimpin pun tak minat nak guna. Rela berbahasa inggeris,walaupun terkial-kial. Kita tiada "kebanggaan nasional"
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) February 18, 2021