Panas!!! Sekat umrah tidak mampu halang Omicron masuk – Persatuan Perubatan

Panas!!! Sekat umrah tidak mampu halang Omicron masuk – Persatuan Perubatan

Persatuan perubatan utama negara hari ini menggemparkan negara selepas membantah langkah menutup sempadan antarabangsa olrh kerajaan ketika ini sebagai cara membendung penularan Covid-19 selepas jumlah kes membabitkan varian Omicron yang tinggi dicatatkan dalam kalangan jemaah pulang dari umrah.

Menurut laporan portal FMT. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai berkata, hanya imunisasi yang akan membawa manfaat jangka panjang dalam usaha melawan varian Omicron, yang didapati mudah merebak, dan membantu menamatkan wabak.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan, perjalanan umrah akan digantung mulai 8 Jan susulan kes varian Omicron dikesan tinggi dalam kalangan jemaah yang pulang yang menyebabkan kerugian pengendali dan peserta umrah dianggar berbilon ringgit.

Ini mencetuskan seruan di media sosial agar kerajaan melarang rakyat bercuti ke luar negara bagi mengurangkan risiko mereka membawa pulang varian itu ke negara ini.

Koh berkata, penggantungan sementara perjalanan umrah diperkenalkan kerana jemaah yang pulang dari umrah tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa dalam kuarantin.

“Semua pengembara mesti mematuhi mandat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk mencegah pengimportan kes Omicron. Malah, mematuhi SOP adalah satu-satunya cara yang terbukti dapat membendung penularan virus,” katanya.

“Kita hanya perlu menyesuaikan diri dengan cara hidup yang berbeza, sekurang-kurangnya sehingga kita ada cara lain untuk mengelak Omicron.”

Beliau turut menyeru agar kerajaan menjalankan penyelidikan bukan sahaja mengenai vaksin, tetapi juga ubat terapeutik yang berpotensi membantu dalam pengurusan kes Covid-19.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye mencadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) menambah bilangan katil hospital, mewujudkan lebih banyak pusat pengasingan bagi pesakit yang dijangkiti Omicron, dan mempercepat program vaksinasi penggalak.

Kerajaan juga harus menyegerakan kelulusan ubat antivirus Paxlovid dan Molnupiravir yang telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, katanya.

Beliau turut menggesa KKM meningkatkan tenaga kerja dan sumber lain.

“Keupayaan kerajaan menangani krisis adalah lemah. Ketika krisis, kita perlu memindahkan sumber. Kita tidak boleh buat sesuatu seperti biasa,” kata Lee, yang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kesihatan dalam kerajaan Pakatan Harapan.

“Kita berperang dengan wabak ini selama dua tahun. Namun, tiada peningkatan dalam bilangan kakitangan penjagaan kesihatan.”