Panas!!! Selepas 6 bulan, apa perkembangan kes rogol babitkan Hilman?, soal Najib

Panas!!! Selepas 6 bulan, apa perkembangan kes rogol babitkan Hilman?, soal Najib

Hari ini terkeluar berita bahawa siasatan kes gangguan seksual membabitkan peserta Unduk Ngadau selesai dan proses pendakwaan ke atas seorang pemimpin parti STAR akan dijalankan esok.

Mangsa membuat laporan polis pada 2hb Jun 2021 dan seminggu kemudian, suspek sudah boleh didakwa atas kesalahan cabul.

Sebab itu, ramai tanya kenapa kes rogol yang melibatkan ADUN Gombak Setia yang merupakan orang kuat Menteri tak HD pula mengambil masa lebih 6 bulan sejak laporan polis dibuat pada 4 Disember tahun lalu tetapi masih belum ada apa kesudahan?

Kenapa pula pemimpin-pemimpin Melayu Islam parti kerajaan boleh pulak minum minuman beralkohol dan berkaraoke dalam bilik VIP hotel sampai awal pagi semasa PKPB sedang dilaksanakan?

Takkan kes cabul pemimpin parti STAR perlu masa 7 hari untuk selesai tetapi kes rogol melibatkan pemimpin parti lain perlu masa 7 bulan pula?

Apakah perkembangan terbaru kes ini?

“24 Mei 2021: Polis lengkapkan kertas siasatan kes rogol rakan ADUN”
https://www.sinarharian.com.my/article/140203/BERITA/Semasa/Polis-lengkapkan-kertas-siasatan-kes-rogol-rakan-ADUN

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157941070340952&id=157851205951