Panas!!! Selepas Azmin, tampil bekas pegawai Menteri MITI PH pula dedah sikap buruk bosnya

Panas!!! Selepas Azmin, tampil bekas pegawai Menteri MITI PH pula dedah sikap buruk bosnya

Wargamaya sebelum ini dikejutkan dengan penularan beberapa keping gambar melibatkan Menteri MITI, Datuk Seri Azmin Ali yang dilihat berkenduri sakan di resroran eksklusif terkenal dipercayai di Kota London.

Dalam gambar yang tular itu, Azmin dipercayai bersama-sama ahli keluarganya menjamu selera di restoran dimiliki chef selebriti terkenal dunia, Salt Bae.

Turut menjadi perbualan wargamaya dengan kemunculan sekeping resit bayaran yang dikaitkan dengan kos hidangan yang di makan Azmin berjumlah lebih RM200 ribu.

Walaubagaimanapun, isu tersebut tidak berhenti setakat itu sahaja.

Terbaru, muncul seorang pengguna FB wanita menggunakan nama akaun Liyana Marzuki turut mendedahkan rahsia melibatkan Menteri MITI era kerajaan PH, Darell Leiking.

Liyana dipercayai bertugas sebagai pegawai menteri tersebut menceritakan pengalamannya sewaktu berurusan dengan Darell selama 22 bulan PH memerintah.

Menurutnya, dia pernah bergaduh dengan bosnya ketika menguruskan tempahan tiket penerbangan ke satu misi perdagangan di Amerika Syarikat.

Sebagai menteri ketika itu, sudah tentulah bosnya punya kelayakan menggunakan perkhidmatan penerbangan kelas pertama.

Bagi memberi keselesaan kepada bosnya memandangkan jarak yang jauh dan masa penerbangan yang lama, maka dia menempah tiket penerbangan Kelas Pertama (First Class) untuknya.

Namun apa yang dirancang berlaku sebaliknya pula. Bukannya mahu berterima kasih, malah berkeras meminta kelas penerbangannya ditukar kepada Kelas Perniagaan (Business Class) sahaja. Malah kalau penerbangan melibatkan antara negeri (Interstate) dia mahu dibelikan tiket Kelas Ekonomi (Economy Class) sahaja.

Bila ditanya kenapa dia meminta begitu, alasannya negara ketika ini tengah susah, jangan ditambah masalah. Mana boleh jimat, perlu jimat.

Lebih menyedihkan cerita Liyana, sepanjang berada di Amerika, restoran yang disinggah makan oleh Darell dan pegawai pengiringnya kebanyakannya hanyalah restoran di tepi-tepijalan.

Masa di Washington pula, Darell ingin melawat Kedai Halal yang menyediakan makanan percuma kepada gelandangan. Kami turutkan juga, tambah Liyana lagi.

Liyana turut mendedahkan sepanjang berkhidmat dengan bosnya, jarang bosnya makan di hotel atau restoran mewah. Tempat paling digemarinya ialah kopitiam atau gerai tepi jalan.

Walaupun dibesarkan dalam keluarga berada, belajar di luar negara, dia sentiasa merendah diri. Itu satu kualiti yang saya pelajari, pujinya lagi

Tapi itu Menteri MITI dulu la. Tak tahu pula yang kini?, sempat Liyana menyindir Azmin.

Meninjau ruangan komen hantaran Liyana, ramai yang positif dengan sikap Darell. Malah selain Darell, mereka juga akui kebanyakan menteri zaman pemerintahan PH begitu sederhana dalam membelanjakan duit kerajaan.

Komen mereka lagi, melihat Wan Azizah dan suaminya, Anwar Ibrahim, Abg Mat Sabu dan Lim Guan Eng menaiki penerbangan menggunakan kelas ekonomi adalah perkara biasa di waktu itu.