Panas!!! Selepas bergaduh dengan Pulau Pinang, Sanusi dikaitkan bergaduh dengan Johor pula

Panas!!! Selepas bergaduh dengan Pulau Pinang, Sanusi dikaitkan bergaduh dengan Johor pula

MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi menjadi tumpuan media hari ini selepas tular satu hantaran FBnya dipercayai ditujukan khusus kepada pemilik pasukan bolasepak JDT, Tunku Mahkota Johor.

Dia yang juga Presiden Kedah Darul Aman FC, membalas kritikan TMJ itu selepas dipercayai berang dikaitkan dengan isu tunggakan gaji pasukannya.

Sebelum ini pasukan Kedah DA dilaporkan media mengalami masalah tunggakan gaji yang telah berlanjutan selama dua bulan.

Malah aksi longlai dalam perlawanan terakhir pasukan tersebut yang menyaksikan keputusan tewas 0-2 di tangan Melaka United FC turut dikaitkan berpunca daripada masalah tunggakan gaji tersebut.

Ianya sekaligus menjadikan kedudukan pasukan Kedah yang sekadar menghuni tangga kedua kumpulan C sekaligus terpaksa berdepan kesukaran menentang juara Liga Super Malaysia 2021, JDT pada peringkat suku akhir.

Bakal bertemu juara Liga Super lapan musim berturut-turut itu menyebabkan dengan segera pihak pengurusan melangsaikan tunggakan gaji. Menurut laporan Utusan Malaysia, ia telah diselesaikan pada malam semalam.

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang merupakan pemilik JDT sebelum itu berkata di laman Instagramnya tentang tunggakan gaji skuad Kedah yang baru dilunaskan oleh pengurusan, “Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol.”

Ada benarnya juga kenyataan TMJ itu. Sampai bila pihak pengurusan pasukan mahu meneruskan pentadbiran pasukan sebegini. Pemain juga manusia dan mereka bekerja dengan bermain untuk pasukan yang diwakilinya.

Bagitupun, lewat malam tadi, kenyataan pedas TMJ itu dibalas semula oleh Presiden pasukan yang juga merupakan Menteri Besar Kedah ketika ini, Sanusi dengan berkata, “La ni bulan sebelaih [11] dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa??? Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia.”

Nampaknya Sanusi tidak memahami apa isi penting yang cuba disampaikan oleh TMJ kepada Kedah.

Oleh itu, dengan memberi jawapan sedemikian rupa, seperti membayangkan ini adalah kali pertama Kedah melalui masalah sebegini, sedangkan sabah tahun, skuad Hijau Kuning dibebani masalah yang sama sehingga kapten, Baddrol Bakhtiar pernah membangkitkannya dalam sidang media, pada aksi terakhir Liga Super yang lalu.

Sumber – Semuanya Bola